Saturday, October 8, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR/MURID BARU

Assalamualaikum
ILMI menawarkan kepada para ibubapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak tuan/puan ke mana-mana sekolah kami, rendah atau menengah. Caranya terus ke website "www.ilmi.edu.my"atau "http://sps2.net.my/ilmi/sps/ewaris", isi borang pendaftaran dan hantar permohonan, ataupun terus ke sekolah di Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.
Pihak pengurusan ILMI akan mula memproses permohonan pada akhir bulan Oktober 2011.
Untuk makluman setakat ini Sekolah Rendah Islam Ilmi telah mula menerima pendaftaran secara online seramai 27 orang. Kelas tingkatan 1 akan dibuka sebanyak 3 kelas iaitu seramai 60 pelajar sahaja, manakala sekolah rendah hadnya seramai 100 murid sahaja.

Thursday, August 4, 2011

Ifthor Perdana Ilmi

Assalamualaikum, Insya Allah ILMI akan mengadakan IFTHOR PERDANA nya pada:
Hari : Sabtu
Tarikh : 13 Ogos 2011;
Mula : 5.45 petang;
Tempat : Padang Ilmi;
semua ibubapa dijemput datang.
Aturcara majlis dimulai dengan tazkirah oleh Us Shauqi Osman, pensyarah UPM, juga penceramah TV 9 tanyalah ustaz, dan diakhiri dengan tahlil perdana.
Kepada ibubapa yang ingin menyumbang makanan, kueh mueh dialu-alukan, juga boleh menyumbang untuk tahlil. Surat dan borang penyertaan tahlil akan mula dikirim melalui pelajar/murid hari ini, guru yang terlibat ialah Ustazah Thohirah. Sekeian, terima kasih.

Monday, April 4, 2011

SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU SEKOLAH

Assalamualaikum
Kepada semua Ibubapa & Penajaga
Pelajar2 SMA, Seri & Kafa.

Pihak Ilmi mohon beribu kemaafan kepada tuan / puan kerana menyusahkan tuan / puan dengan usaha-usaha pengumpulan maklumat parent yang dilakukan oleh guru-guru semenjak minggu lepas.
Kerja-kerja mengemaskini maklumat ini sebenarnya terpaksa dilakukan kerana pihak Ilmi akan mula menggunakan satu sistem baru yang dinamakan 'SPS' ataupun nama penuhnya 'Sistem Pengurusan Sekolah'.
Buat maklumat semua parent, sistem ini merangkumi sistem analisas peperiksaan, sistem e jadual dan lain-lain.
Dengan sistem ini, akan datang setiap parent akan dapat melihat keputusan peperiksaan anak2 melalui email atau sms sahaja. Keputusan peperiksaan akan disimpan dalam daTa pengkalan data, untuk memudahkan parent merujuk keputusan2 yang lepas.
Sistem ini juga dapat memudahkan ibubapa memantau pembayaran yuran, jika ibubapa menyerahkan duit yuran kepada anak2 untuk dibayar, maka dengan sistem ini para ibubapa dapat melihat melalui laman web tentang pembayaran yang dibuat oleh anak2 mereka.
Sebenarnya banyak lagi terdapat dalam sistem ini. Oleh itu, kepada semua ibubapa dan penjaga, agar dapat memberikan seluruh kerjasama untuk mempercepatkan sistem ini dapat digunakan.
Pihak Ilmi menjangkakan seluruh data mentah akan dapat dihantar kepada syarikat yang mengeluarkan sistem ini secepat mungkin, agar keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini akan dapat diperolehi oleh ibubapa melalui sistem ini Insya Allah.
Sekian terima kasih, wajazakumullah khairan jaza'.

Monday, March 28, 2011

KEPUTUSAN SPM 2010

PERBANDINGAN 2009 DENGAN 2010
1. Bahasa Melayu (2009 - 100%, 2010 - 100%)
2. Bahasa Inggeris 2009 - 97%, 2010 - 91.67)
3. Sejarah (2009 - 90.0%, 2010 95.83%)
4. Matematik (2009 - 100%, 2010 - 100%)
5. Sains (2009 - 100%, 2010 - 100%)
6. Bahasa Arab Tinggi (2009 - 90.9%, 2010 - 95.83%)
7. Perdagangan (2009 - 100%, 2010 - 100%)
8. Matematik Tambahan (2010 - 50%)
9. Prinsip Akaun (2009 - 78.8%, 2010 - 66.67)
10.Pendidikan Quran Sunnah (2009 - 97%, 2010 - 100%)
11.Pengaian Syariah Islamiah (2009 - 93.9%, 2010 - 95.83%)

PELAJAR2 CEMERLANG SPM 2010
9A - Aishah bt Azlan
8A - Nur Aishah bt Arshad
8A - Naimah bt Mansor
7A - Md Luqman Nul Haqim b Zul Razali
6A - Arina Dhamirah bt Mat Jusoh
6A - Izma Syazana bt Badrudin
6A - Maisara bt Mohammad
5A - Nur Athirah bt Azhar
5A - Syarifah Noor Amalfilzah bt Sy Md Dahiri

ILMI mengucapkan berbanyak tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya dan mengharumkan nama sekolah.
ILMI juga merakamkan terima kasih kepada semua guru-guru yang masih mengajar dan yang telah berhenti kerana telah berusaha bersungguh-sungguh untuk kejayaan sekolah.
ILMI juga mengucapkan terima kasih kepada Sekolah Kiblah, Bangi kerana telah memberi peluang untuk kami menumpang peperiksan di situ.
ILMI ingin supaya keputusan yang lebih cemerlang di tahun-tahun akan datang.

Wednesday, March 9, 2011

SUKAN ILMI

Assalamualaikum
Kepada semua pihak terutama ibubapa, adalah dimaklumkan bahawa tarikh SUKAN ILMI ialah pada 10 APRIL 2011 bertempat di Pusat Sukan kampung Pandan, bermula 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari.
SEMUA DIJEMPUT HADIR BAGI MEMERIAHKAN LAGI SUKAN INI.

Friday, March 4, 2011

SABTU 5 MAC 2011

Assalamualaikum
Program : Pertandingan Badminton & Bola Jaring
Institusi : SMA (A) Ilmi
Tempat : Pusat Sukan Kg Pandan
Masa : 7.30 pagi - 2.00 pm.

Thursday, February 10, 2011

CUTI 2 HARI SEMPENA MAULIDURRASUL

Assalamualaikum
Dimaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga, Semua Sekolah Ilmi akan bercuti selama 2 hari sempena Hari Keputeraan Rasulullah. Bermula dari 14/2 (Isnin) sehingga 15/2 (Selasa), sekolah dibuka semula pada 16/2 (Rabu).
Surat pemakluman mengenainya mula diedarkan hari ini.

PROGRAM MAULIDURRASUL DI MASJID BUKIT INDAH
Kepada semua ibubapa, dipersilakan ke Masjid Bukit Indah bersama dengan anak-anak, bagi menyertai program Sambutan maulidurrasul. Program bermula dari 7.30 pagi. Dijangkakan Pendeklamasi Sajak terkenal iaitu Pyan Habib akan bersama menyerikan majlis ini.
Firqah nasyid Faz akan turut serta dalam program ini, Insya ALLAH. Kumpulan Nasyid ILMI - Seri di samping seorang pencerita dari Seri juga akan turut sama menyerikan program iini.
SEMOGA TUAN / PUAN SEMUA SUDI DATANG UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI.
RASULULLAH IDOLA SEMUA MUSLIM

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI