Sunday, December 23, 2007

PERINGATAN PENDAFTARAN SESI 2008

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar Sekolah-sekolah ILMI samada menengah atau rendah dan KAFA sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :
(1) Tarikh pendaftaran ialah pada 28,29 & 30/12/07 (bermula dari 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari)
(2) Sekiranya ibubapa/penjaga masih mempunyai tunggakan yuran, sila jelaskan yuran tertunggak itu terlebih dahulu, kerana kegagalan tuan / puan boleh menyebabkan pendaftaran anak-anak tuan/puan terganggu.
(3) Kepada ibubapa / penjaga yang baru mendaftar anak mereka, tuan / puan perlu mengisi borang pendaftaran terlebih dahulu.

PERINGATAN TENTANG PENDAFTARAN
Pendaftaran akan melibatkan 3 perkara penting :
(1) Yuran-yuran seperti kebajikan, sukan, takafaul dan lain-lain.
(2) Buku teks dan buku kerja.
(3) Uniform.

Sekian dimaklumkan.
Al Mukhlis
Ust Shukri Harun
Pengetua SMA.

Tuesday, November 20, 2007

PENGUMUMAN PENTING

Assalamualaikum
Untuk makluman tuan / puan, program Motivasi Bina Insan di Dusun EKo Resort yang dijadualkan pada 1 hingga 3 Dis 2007 ditangguhkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Namun begitu, kelas SMARAT AL QURAN yang dijadualkan bermula dari 19 Nov hingga 27 Dis 07 sekarang sedang berlangsung. Kepada sesiapa yang ingin mendaftarkan anak masing-masing masih boleh mendaftar bila-bila masa pada waktu pejabat dari 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Sekian dimaklumkan.

Ustaz Shukri Harun
Pengetua SMA(A)ILMI

Wednesday, November 14, 2007

SOLAT HAJAT PENUTUP SEKOLAH


Sekolah ILMI akan mengadakan SOLAT HAJAT hujung tahun pada masa dan tarikh berikut :
Tarikh : 15 November 2007
Masa : 8.00 pg hingga 1.30 tengah hari
Tempat : Masjid Bukit Indah, Ampang, Selangor.
Perhatian : Semua ibubapa diminta menghantar anak-anak mereka terus ke masjid dan juga mengambil di tempat yang sama, sekiranya anak-anak mereka menaiki bas atau van maka sila maklumkan kepada pengusahanya.
Sekian dimaklumkan.
Pengetua SMA Ilmi.

KEM BINA INSAN MUSIM CUTI SEKOLAH


PROGRAM MOTIVASI BINA INSAN (MUBIN '07)

Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI, berusaha untuk memberikan satu alternatif cuti sekolah kepada ibubapa yang inginkan peningkatan kepada anak-anak mereka. Oleh itu, kami menawarkan kepada semua ibubapa yang gemar melihat peningkatan anak-anak mereka dalam pembinaan syaksiah diri. Program yang ditawarkan merupakan suatu perkhemahan musim cuti dengan tujuan membentuk dan membekalkan maklumat-maklumat penting dalam membentuk jati diri serta tips untuk berakhlak mulia.

Nama Program : Tarikh pada 1 Disember hingga 3 Disember 2007 - 3 hari dua malam.

Yuran yang dikenakan : RM150.00 (termasuk pengangkutan (Bas) ke tempat perkhemahan)

Tempat : Dusun Eko Resort, Karak.

Objektif Utama : Membentuk Akhlak Pelajar.

Peserta : Pelajar-pelajar berumur dari 12 hingga 17 tahun (Darjah 6, Tgkt 1 hingga 5)

Tema : Pembinaan Insan Islam Penerus Tradisi Kecemerlangan.

Tuesday, November 6, 2007

BENGKEL AL QURAN MUSIM CUTI

SMART AL QURAN
Sekolah ILMI akan menganjurkan bengkel al Quran untuk musim cuti sekolah tahun 2007 ini. Kenyataan program ini seperti beriku t:
Tarikh : Dari 19 November (Isnin) hingga 27 Disember 2007.
Kategori : 3 kategori, iaitu :
(1) Pengajian Al Quran untuk yang masih belum tahu membaca al Quran;
(2) Pengajian Al Quran dan tahfiz surah-surah tertentu untuk yang telah mengenal AL Quran
(3) Pengajian al Quran dan tahsin Qiroaat serta tahfiz surah2 tertentu.

BAYARAN YANG DIKENAKAN IALAH : RM170.00 (Seratus Tujuh Puluh Sahaja)
Tenaga Pengajar yang akan mengajar pelajar-pelajar ialah guru-guru ILMI yang telah lama mengajar pelajar-pelajar dan mempunyai pengalaman penuh dalam tajwid dan qiraat serta tahfiz.
Jawatankuasa yang dibentuk untuk program ini diketuai oleh Ustaz Hasrizal Hassan, guru yang telah mengajar di ILMI sejak enam tahun lalu. Berkelulusan BA Universiti Al Azhar, dan mempunyai pengalaman menghafal al Quran.
Sesiapa yang berminat boleh terus menghubungi pejabat sekolah dan mendapatkan borang pendaftaran untuk tempahan tempat. Sekian terima kasih.

Friday, November 2, 2007

GURU-GURU ILMI


Inilah saf Mudarrsin (guru2 lelaki) dan Mudarrisat (guru2 perempuan) yang bertungkus lumus mendidik dan membimbing pelajar-pelajar SMA (A) ILMI selama ini. Bermula dari kiri Ust Hasrizal (Penyelaras Diniyyah), Ust Hasrul Hadi, Ust Shukri Harun (Pengetua), Ust Mohsein, Ust Fadzil, Cg Suhaila (GPK Pentadbiran), Cg Norazira (Koperasi), Cg Noraishah, Cg Siti Jannah (Keceriaan), Ustazah Mariam Farina (Penolong Penyelaras Diniyyah), Cg Aminah Hasim (Penyelaras Akademik) dan Ustazah Norazira Addenan (guru ganti Ust Termizi).

SOLAT HAJAT SEMPENA CUTI


(Solat Hajat Peperiksaan SMA ILMI)









Sekolah Menengah Agama (A) ILMI akan mengadakan MAJLIS SOLAT HAJAT sempena cuti sekolah, pada ketentuan berikut :


Hari : Khamis
Tarikh : 15 November, 2007
Masa : Dari 8.00 pg hingga Solat Zohor (1.30 t/hari)
Tempat : Masjid Bukit Indah.
Pakaian : Uniform sekolah
* Makanan tengah hari disediakan oleh pihak sekolah.
Semua ibubapa / penjaga diminta supaya menghantar dan mengambil anak di Masjid Bukit Indah.
Antara Objektifnya ialah :
(1) Menyelesaikan hari-hari persekolahan dengan kesyukuran kepada ALLAH.
(2) Membimbing pelajar supaya menggunakan cuti dengan perkara berfaedah.
(3) Menjauhkan pelajar dari kemungkaran dan kemaksiatan.
(4) Mendoakan kesejahteraan dan keselamatan pelajar2 dan guru2.

Pengetua SMA.

Thursday, November 1, 2007

HADIAH CERIATHON

Assalamualaikum
CERITHON 07 akan diresmikan penutupannya pada tarikh dan masa berikut :
HARI SABTU
TARIKH 17 NOVEMBER 2007
MASA - dari 8.30 PG
TEMPAT - Dataran ILMI

Hadiah yang akan disampaikan pada hari tersebut ialah seperti berikut :
Pertama :
Hadiah Pertama : Pelajar & Dewasa - Komputer Riba
Hadiah Kedua : Telefon Bimbit
Hadiah Ketiga : Hamper bernilai RM200.00
Syarat semua hadiah di atas ialah,
KUTIPAN MESTILAH MENCAPAI RM1000.00 ke atas.

Pada hari yang sama juga akan diadakan Majlis IHTIFAL SRI & JAMUAN HARI RAYA AIDIL FITRI.

Pengarah CERIATHON 07
Ust Shukri Harun

Tuesday, October 23, 2007

JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI (SRI)
TAHUN 1
Masa :
Pertama : 9.00 - 10.00
Kedua : 10.30 - 11.30
24/10 (Rabu) - BM 1 Pemahaman / BM 2 Penulisan
25/10 (Khamis) - BInggeris / Ejaan B.M & Spelling
26/10 (Jumaat) - BArab / Imla' & Jawi
29/10 (Isnin) - Fekah / AKhlak
30/10 (Selasa) - Tauhid / Komputer
31/10 (Rabu) - Sains / Khat
1/11 (Khamis) - Matematik / Pend Seni
2/11 (Jumaat) - Jawi / Sirah

TAHUN 2
Masa (1) 9.00 - 10.00 (2) 10.30 - 11.30 (3) 11.30 - 12.30
24/10 Rabu - BM 1 Pemahaman / BM 2 Penulisan
25/10 Khamis - BI / Ejaan BM & Spelling
26/10 Jumaat - B Aran / Imla' & EjaanJawi
29/10 Isnin - Sains / Akhlak
30/10 Selasa - Tauhid / Komputer
31/10 Rabu - Fekah / Khat
1/11 Khamis - Matematik / Pendidikan Seni
2/11 Jumaat - Jawi / Sirah

TAHUN 3
Masa : (1) 9.00 - 950 (2) 10.00 - 10.30 (3) 11.15 - 12.30
24/10 Rabu - BM 1 Pemahaman / Ejaan Jawi / BM 2
25/10 Khamis - BI 1 / Spelling / BI 2
26/10 Jumaat - B Arab / Akhlak
29/10 Isnin - Komputer / Sains
30/10 Selasa - Tauhid / Pendidikan Seni
31/10 Rabu - Fekah / Jawi
1/11 Khamis - Matematik / Sirah
2/11 Jumaat - Khot / Imla' / Tajwid

Tahun 4
Masa : (1) 9.00 - 9.50 (2) 1115 - 12.30
24/10 Rabu - BM 1 Pemahaman / BM 2 Penulisan
25/10 Khamis - BI1 (9.00 - 9.50) / BI 2 (11.15 - 12.30)
26/10 Jumaat - B Arab (9.00-10.30) / Jawi (11.30 - 12.30)
29/10 Isnin - Sains (9.00-10.15) / Kajian Tempatan (11.30-12.30)
30/10 Selasa - Akhlak & Sirah (8.30-10.30) / Komputer (11.30-12.30)
31/10 Rabu - Tauhid & Fekah (8.30 - 10.30) / Pendidikan Seni (11.30-12.30)
1/11 Khamis - Imla' & Khot (8.30-10.30) / Tajwid (11.00 - 12.30)
2/11 Jumaat - Matematik 1 (8.30 - 930) / Matematik (9.50-10.30)

TAHUN 5
24/10 Rabu - BMelayu 1 Pemahaman / Tajwid / BMelayu Penulisan
25/10 Khamis - B Inggeris 1 (8.30 - 9.20) / B Inggeris 2 (9.30 - 10.45) / Komputer (11.30-12.30)
26/10 Jumaat - B Arab (9.00 - 10.30)
29/10 Isnin - Akhlak & Sirah (9.00 - 11.00) / Jawi (11.30 - 12.30)
30/10 Selasa - Sains (9.00 - 10.15) / Pend Seni (11.30 - 12.30)
31/10 Rabu - Tauhid & Fekah (9.00 - 11.00) / Kaj Tempatan (11.30 - 12.30)
1/11 Khamis - Imla' & Khat (9.00 - 11.00)
2/11 Jumaat - Matematik 1 (9.00 - 10.00) / Matematik 2 (10.20 - 11.00)

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
TINGKATAN SATU (AUZA'E & IBNU HAZMI)
Masa : Pertama - 8.30 - 9.30 / Kedua - 10.00 - 12.30
23 Oktober 07 (Selasa) Quran
24 Oktober 07 (Rabu) Tauhid / Pendidikan Islam
25 Oktober 07 (Khamis) BMelayu 1 / BMelayu 2
26 Oktober 07 (Jumaat) Fekah / Nahu & Sorof
29 Oktober 07 (Isnin) B Inggeris 1 / B Inggeris 2
30 Oktober 07 (Selasa) Sirah / Ta'bir
31 Oktober 07 (Rabu) Imla' & Khat / B Arab Komunikasi
1 November 07 (Khamis) Akhlak / Mutalaah
2 November 07 (Jumaat) Science 1 / Science 2
5 November 07 (Isnin)Hadis / Sejarah
6 November 07 (Selasa)Matematik 1 / Matematik
27 November 07 (Rabu) KHB / Geografi

TINGKATAN DUA(HAMZAH & KHALID)
Masa : Pertama - 8.30 - 9.30 / Kedua - 10.30 - 12.30
24 Oktober 07 (Rabu) Tauhid / Pendidikan Islam
25 Oktober 07 (Khamis)BMelayu 1 / BMelayu 2
26 Oktober 07 (Jumaat)Fekah / Nahu & Sorof
29 Oktober 07 (Isnin)B Inggeris 1 / B Inggeris 2
30 Oktober 07 (Selasa)Sirah / Quran
31 Oktober 07 (Rabu)Imla' & Khat / B Arab Komunikasi
1 November 07 (Khamis)Akhlak / Mutalaah
2 November 07 (Jumaat)Science 1 / Science 2
5 November 07 (Isnin)Hadis / Sejarah
6 November 07 (Selasa)Matematik 1 / Matematik 2
7 November 07 (Rabu) KHB / Geografi

TINGKATAN 4
MasaPertama : 8.30 - 10.30Kedua : 11.00 - 1.00
1 November 07 (Khamis)BMelayu / Science
2 November 07 (Jumaat)BInggeris / Matematik
5 November 07 (Isnin)PSI / P Akaun
6 November 07 (Selasa)PQS / Perdagangan
7 November 07 (Rabu)Sejarah / B Arab Tinggi

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA

Sekolah-sekolah ILMI mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI bagi tahun 1428 Hijriah, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua ibubapa dan pelajar ILMI, semua guru-guru & kakitangan ILMI, semua Ahli Lembaga Pengarah ILMI, Semua Ahli Jawatankuasa Pengelola, semua penderma-penderma dan semua yang terlibat dengan ILMI samada secara langsung atau tidak langsung, Semoga lebaran kali ini memberikan kita kemenangan yang sebenarnya. Wassalam.
Daripada Pengetua Us Shukri Harun & Guru Besar SRI Ust Ibrahim Yusoff

Monday, October 1, 2007

PMR 07

Hari ini Pelajar-pelajar PMR menduduki Peperiksaan Menengah Rendah. Semoga ALLAH memberi kelapangan dan kemudahan kepada mereka dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan. Amin Ya Raabal 'Alamin.

Saturday, September 22, 2007

PENDAFTARAN PELAJAR BARU ILMI

Sekolah-sekolah ILMI samada Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, kini membuka PENDAFTARAN pelajar-pelajar untuk Sesi Persekolahan 2008. Setiap ibubapa atau sesiapa yang berminat, sila datang ke pejabat kami untuk mengambil borang pendaftaran.
CARA PENDAFTARAN :
Tuan / puan boleh terus mendaftar dengan datang ke pejabat ILMI sambil membawa 2 keping gambar anak, sesalinan sijil Lahir @ kad Pengenalan, Kad Prestasi sekolah lama dan Borang (yg boleh didapati di pejabat sekolah) dan duit pendaftaran berjumlah RM150.00.
PERKHIDMATAN ASRAMA
Pihak sekolah Menengah juga menawarkan khidmat asrama dengan dikenakan bayaran RM230.00 sebulan. Pendaftaran Asrama dikenakan sebanyak RM100.00.
YURAN PERSEKOLAHAN
Yuran yang dikenakan seperti berikut :
1) Sekolah Rendah Islam RM150.00 - sebulan
2) Sekolah Menengah Agama RM165.00 - sebulan
3) Kafa Integrasi Ilmi RM50.00 - sebulan

TAZKIRAH 10 RAMADHAN

Hari ini berakhirnya penggal pertama Puasa Ramadhan, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah :
اولُهُ رحمة وأوسطُهُ مغفرة وءاخرُهُ عتق من النار
(Permulaannya rahmahNYA, pertengahannya KeampunanNYA dan akhirnya bebas dari neraka)
Malam ini kita masuk ke penggal ke 2 Ramadhan. Oleh itu setiap mukmin perlu melakukan muhasabah berkala terhadap seluruh amalannya selama 10 hari yang lepas, adakah mencukupi serta memenuhi tuntutan keberkatanan bulan Ramadhan yang datang setahun sekali sahaja itu ? Juga, adakah kita mampu menerima keberkatan ke 2 pula iaitu keampunan ALLAH terhadap segala dosa-dosa kita yang dilakukan sepanjang tahun dan akan datang ? Muhasabah seterusnya perlu dilakukan, agar kita menjadi insan bersih dari segala macam dosa yang berkarat dalam diri kita sejak 11 bulan yang lalu ....sama-samalah kita fikirkan.

Wednesday, September 19, 2007

TAZKIRAH RAMADHAN KE 7

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏قَالَ قَرَأْتُ عَلَى ‏ ‏مَالِكٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ شِهَابٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1266
Ramadhan adalah bulan terkumpulnya terlalu banyak kelebihan, keberkatan, pahala yang melimpah ruah, keikhlasan dan sebagainya. Oleh itu kerjakanlah amalan atau ibadah untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang memang ingin diberikan ALlah kepada kita, dan kita semua tahu bahawa natijah kepada pahala yang diberikan itu ialah Syurganya. Kerjakanlah solat tarawih, solat tahajjud, bacaan quran dan lain-lain agar pahala yang maksima dapat kita cari, sesungguhnya ALlah Maha Mulia dan Maha Pengasih, sehingga memberikan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala ini.

Monday, September 17, 2007

IFTHOR JAMA'E

Semua ibubapa / penjaga dijemput ke MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ILMI pada 22 September 2007, bermula dari jam 6.00 petang, di Dataran ILMI. Surat jemputan dan borang penyertaan sumbangan Tahli & sumbangan Ifthor akan mula diedar hari ini. Jawapan kehadiran perlu diberikan untuk tempahan makanan, hari Khamis hari terakhir utk berikan jawapan dan penghantaran kembali borang.

Saturday, September 15, 2007

BENGKEL BAHASA MELAYU

Pada hari ini, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Ilmi menghadiri satu bengkel Bahasa Melayu bagi pemantapan bahasa mereka.

TAZKIRAN 3 RAMADHAN 1428

SELAMAT DARI GANGGUAN SYAITAN SAMBIL MENDAPAT BELAIAN NIKMAT SYURGA
‏عن ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ‏ ‏وَصُفِّدَتْ ‏ ‏الشَّيَاطِينُ
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Sahih Muslim
Kita telah diberikan suatu harapan oleh Nabi Sollahu 'alaihi wasallam bahawa Syaitan dibelenggu, apabila mendengar tentang terbelanggunya Syaitan, maka jiwa dan hati kita merasa selamat daripada gangguannya. Tetapi orangmukmin perlu sedar bahawa, sebenarnya syaitan itu bersarang di hati kita, apabila kita mendengar hadis di atas, seolah2 kita secara saikologinya telah membuang syaitan dari hati kita, namun karatnya masih tinggal lagi.....
Oleh itu, keluarkanlah saki baki perasaan syaitan yang masih ada dalam hati kita, yang karatnya masih lagi tinggal di dalam hati kita itu. Maka puasalah caranya, jadi! puasalah dengan sebenar-benar puasa, inilah peluang kita memiliki masa keemasan tanpa gangguan syaitan untuk terus beribadat (Abu Nu'man Adib)

Friday, September 14, 2007

TARIKH2 PENTING SMA

(1) CERIATHON 07
HADIAH - KATEGORI PELAJAR
Pertama - Kamus Digital
Kedua - Hamper RM100.00
Ketiga - Hamper RM50.00
Syarat untuk mendapat hadiah pertama, derma mestilah mencecah RM400.00
HADIAH - KATEGORI SELAIN PELAJAR
Pertama - Camera Digital
Kedua - Hamper RM150.00
Ketiga - Hamper RM75.00
Syarat untuk mendapat hadiah pertama, kutipan mestilah mencecah RM500.00
Hari terakhir penyerahan kutipan ialah pada 2 November 2007.
Kemuncak adalah pada 17 November 2007

(2) HALAQOH
Akan dilaksanakan pada 19 Sept 2007 Hari Rabu, semua pelajar wajib hadir.

(3) IFTHOR JAMA'I (BUKA PUASA PERDANA ILMI)
Pada 22 September 2007, bermula dari 6.00 petang dengan Tazkirah Ramadhan. Semua ibubapa, pelajar, guru, kakitangan ILMI adalah dijemput.
SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKANNYA, BULAN RAMADHAN BULAN SEDEKAH, BULAN INFAQ.

TAZKIRAH 2 RAMADHAN 1428

PUASA & AL QURAN MEMBERI SYAFAAT
Bersabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam, hadis melalui Abdullah bin Amru, Sabda baginda :
الصيام والقرءان يشفعانِ للعبد يوم القيامة يقول الصيام أي رب منعتُهُ الطعامَ والشهوات بالنهار فشفعني به ويقول القرءان منعتُهُ النوم بالليل فشفعني فيُشفعان - رواه الإمام أحمد بسندٍ صحيحٍ
(Puasa & AL-Quran mensyafaatkan hamba pada hari kiamat, berkata puasa "aku menghalangnya dari makan pada siang hari, maka berilah syafaatku dengannya", berkata pula Al-Quran "Aku menegahnya tidur pada malam (kerana beribadah) maka berilah syafaatku kerananya, lalu kedua-duanya memberi syafaatnya)
Hadis menjelaskan tentang kelebihan sesiapa yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan bacaan AL-Quran. Kedua-duanya akan memberi manafaat besar kepada pengamalnya, mudah-mudahan kita adalah sebahagian daripada orang yang mendapat kelebihan dan syafaat tersebut. Wassalam (Abu Nu'man Adib)

Thursday, September 13, 2007

TAZKIRAH RAMADAN - 1 Ramadan (13 Sept 07)

RAMADHAN & AL-QURAN
Ramadhan dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan, keran seolah-olah kelebihan Ramadhan itu dicetuskan oleh AL-Quran. Ini jelas disebut dalam beberapa ayat Al-Quran, antaranya dalam surah AL-Baqarah ayat 185 :
شهر رمضان الذي أٌنزل فيه القرءان هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان
(Maksudnya : Bulan Ramadhan yang diturnkan padanya akan AL-Quran, bersifat memberi petunjuk dan penerangan/penjelasan tentang petunjuk, juga membezakan (antara hak dan batil)
Kerana itu, rugilah dan menyesalkan sesiapa yang berpuasa dalam sebaik-baik bulan, tetapi meninggalkan sebaik-baik pengisiannya iaitu AL-Quran. Oleh itu, marilah kita sama mengisi bulan berkat ini dengan sebanyak-banyak bacaan AL-Quran serta memahaminya dengan sefaham-fahamnya. Wasallam
(Ust Shukri Harun - Pengetua SMA(A)ILMI.

Monday, September 10, 2007

WAKTU SEKOLAH BULAN RAMADAN

Sekolah Rendah Islam & Sekolah Menengah Agama ILMI, mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan 1428 Hijrah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu.
Isnin hingga Khamis
Mula dari 8.00 pagi hingga 1.20 Tengah hari.
Jumaat
Mula dari 8.00 pagi hingga 12.20 Tengah hari.
Waktu persekolahan bulan ramadan ini adalah untuk kedua-dua sekolah, menengah dan rendah.

Wednesday, September 5, 2007

SENARAI PROGRAM & AKTIVITI

8 September 07 - Perkhemahan Balkis di Janda Baik.
9 September 07 - SOLAT HAJAT KE 3, 9.00 pg - Semua Ibubapa & Penjaga
pelajar2 Kelas peperiksaan adalah dijemput hadir.
(utk kelas2 peperiksaan sahaja)
11 September 07 - Perlancaran Ceriathon 2007.
19 September 07 - Halaqoh 5 (Semua Pelajar terlibat)
22 September 07 - Ifthor Jama'i ILMI '07
12 Oktober 07 - Cuti Raya bermula sehingga 21 Okt 07.
22 Oktober 07 - Sekolah dibuka semula
24 Oktober 07 - Peperiksaan Akhir Tahun bermula
16 November 07 - Penyerahan Buku Rekod Prestasi SMA
17 November 07 - Sambutan Aidil Fitri & Kemuncak Ceriathon 07
- Cuti Akhir Persekolahan bermula

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum
Sekolah-sekolah ILMI mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK, bulan berkat, bulan rahmah, bulan keampunan. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keimanan dan ketaqwaan kepada kita Insya ALLAH.
Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, maka sekolah-sekolah ILMI akan mengadakan program 'IFTHOR JAMA'I'nya pada 22 September 2007. Semua ibubapa, ALP, Pengelola, guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar adalah terdiri dari jemputan.
Sekolah ILMI juga mengalu-alukan sebarang sumbangan atau penyertaan sama tuan / puan dalam memeriahkan lagi buka puasa berjemaah ini.
Sekian jazakumuLLAH Khairan kathira - Pengetua SMA

Tuesday, August 28, 2007

TRIAL 2 SPM

PERCUBAAN KE 2 - SPM
Sekarang pelajar-pelajar spm sedang menduduki peperiksaan percubaan kali ke 2. Semoga untuk kali ke 2 ini, prestasi lebih baik dari trial ke 1 dulu. Bermula 28 Ogos sehingga 9 September 2007 - Pengetua SMA

CERIATHON 2007

Kepada semua Ibubapa SERI & SMA
Pihak Pengurusan ILMI sebagaimana biasa, tradisi bulan Ramadhan yang diamalkan oleh ILMI selama ini ialah menganjurkan Ceriathon untuk mengumpulkan dana, ianya adalah sebahagian daripada usaha berterusan ke arah menaikkan taraf prasarana sekolah.

HARI PELANCARANNYA
Insya' ALLAH, kalau tiada sebarang masyaqqah, hari pelancarannya secara ala kadar, ialah pada 11 September 2007, semasa perhimpunan pagi Sekolah Rendah Islam Ilmi.

KEMUNCAK nya......
Pada 17 November 2007, merupakan hari terakhir persekolahan, program 2 dalam 1, sekali dengan Sambutan Idil Fitri 2007. Para ibubapa budiman dipohon menyertai sama kemeriahan hari ini, hari kita bersama.

OBJEKTIF kita kali ini...............

1. Membaiki kelas dan tandas.

2. Melengkapkan pengurusan dengan 3 buah komputer.

SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA.
Sekian.
Pengetua SMA.

Monday, August 27, 2007

LAWATAN ILMI 07

Assalamualaikum
ALHAMDULILLAH dengan kerja keras serta usaha getir guru-guru SMA(A)ILMI, telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Terengganu & Pahang pada 18, 19 & 20 Ogos yang lalu. Lawatan ini dibuat bersempena dengan cuti sekolah penggal kedua. Lawatan ke luar KL atau selangor dibuat setahun sekali, merupakan satu agenda dan kegiatan sekolah yang cuba mendedahkan pelajar dengan suasana yang agak berbeza dari dalam bilik darjah.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua guru terutama Cik Norazira, Ustazah Mariam, Cg Siti Jannah, Ustaz Fadzil dan Ustaz Mohsein. Semoga semua yang terlibat dengan lawatan ini berpuasa hati.

Wednesday, July 25, 2007

PEMBELAAN KEPADA GURU

Assalamualaikum
Hari ini surat khabar yang saya baca iaitu UTUSAN Malayasia memberikan sedikit info yang boleh dipuji. NUTP beri perangsang dan bersikap membela guru yang mendenda seramai 200 pelajar berendam dalam kolam. Sehubungan dengan itu 3 menteri memberi respon dengan seolah-olah menyokong kenyataan NUTP itu. Kalau tak silap, rasa-rasanya inilah kali pertama menteri dan NUTP mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Selama ini guru-guru yang cuba membaiki disiplin pelajar yang terlalu parah sekarang kerap kali mengalami duka dan sedih. Malah ada yang turut didakwa.
Rasa saya, seluruh guru Malaysia sepatutnya memberikan pujian dan tahniah kepada semua pihak yang menyokong serta memberi galakkan kepada guru-guru dalam meneruskan usaha-usaha mereka mendidik pelajar-pelajar menjadi insan yang berguna. Wassallam.

Wednesday, July 18, 2007

RAYUAN DERMA DAN SUMBANGAN

Pihak sekolah-sekolah ILMI sentiasa mengharapkan sumbangan dan derma saudara dalam melicinkan perjalanannya. Semua bentuk derma dan sumbangan dialu-alukan. Pihak sekolah sedang berusaha mendapatkan dana untuk membaiki tandas dan kelas agar lebih selesa. Sila salurkan derma anda melalui mana-mana akaun berikut : Sekolah Rendah Islam Ilmi 3990487318 atau Sekolah Menengah Agama (A) Ilmi 3990487221. Semoga segala sumbangan dan derma yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal dari ALLAH azzawajalla.

PERCUBAAN 1

Pelajar-pelajar Menengah ILMI bermula dari Tingkatan 3 hingga 5, mula menduduki peperiksaan percubaan 1, bermula dari 17 Julai. Percubaan ke 2 dijangkakan pada bulan Ogos ini, dan kalau sempat percubaan ke 3 akan menyusul pada bulan September pula. Keputusan peperiksaan ini akan diberikan semasa program Solat Hajat yang akan diadakan setiap kali peperiksaan Percubaan bermula.

Tuesday, June 26, 2007

HARI KO KURIKULUM

Pada hari ini, Sekolah Rendah Islam ILMI mengadakan Hari Ko Kurikulumnya, bermula dari 8.00 pagi lagi. Program ini adalah merupakan program tahunan. Banyak pertandingan di adakan, seperti program mewarna, pertandingan nasyid, kawad kaki KRS, dan lain-lain.
Sekolah Menengah Agama ILMI akan mengadakannya pada 28 dan 29 Jun.

PROGRAM TERKINI

Assalamualaikum
1 JULAI 2007
Kepada semua Ibubapa / penjaga, pelajar kelas peperiksaan samada SPM, SMA dan PMR, dijemput ke program SOLAT HAJAT 1 pada Hari Ahad 1 Julai, 2007 bermula dari 8.30 pagi. Surat pemakluman dan jemputan telah dikeluarkan hari ini. Semoga mendapat sambutan dari semua ibubapa dan penjaga.

3 JULAI 2007
Motivasi Pelajar kelas peperiksaan akan diadakan di Masjid As Syafie, berhampiran Kolej Baitulmal, yang akan bermula dari 8.00 pagi sehingga 1 tengah hari. Semoga pelajar dimestikan hadir.

3 JULAI 2007
Seramai 10 orang pelajar dari Tingkat 4 & 5, dipilih untuk menghadiri satu Seminar di UIA bermula dari 8.00 pagi.

Tuesday, June 19, 2007

GEMPAR KEPADA SEMUA PIHAK TERUTAMA PENDIDIK

Semalam 18 Jun, kita dikejutkan dengan berita jijik perbuatan pelajar sekolah yang mencabul rakan perempuan mereka di tepi parit, begitulah laporan oleh Harian Metro. Di samping itu, mereka juga merakamkan perbuatan jijik ini dengan menyebarkannya......
Saudara-saudara sekelian
Apa sudah jadi dengan anak-anak kita .... apakah pula kesilapannya dan siapakah yang silap ? Apakah sistem pendidikan kita ada sesuatu yang tidak sempurna ? ataupun, institusi kekeluargaan yang sudah lama rosak dan ranap .... ? ataupun mungkin corak perpindahan ilmu yang tidak memenuhi piawaian keberkatannya ? rasanya semua soalan ini mempunyai kaitan dengan semua pihak. Samada pemerintah, pendidik, sekolah, ibu, bapa dan lain-lain.
Amat penting untuk kita merenung kebelakang sejenak, apakah sebenarnya yang telah kita perbuatkan 15 atau 20 tahun dulu, sehingga begini kesannya terhadap muda mudi kita. Moga-moga kita dapat teruskan perbincangan ini sedikit hari nanti. Insya ALLAH.

HARI KELUARGA ....Ucapan penghargaan

Assalamualaikum
Tahniah kepada semua AJK Hari Keluarga yang bertungkus lumus menjayakan program HARI KELUARGA KE 4 ILMI. Banyak kelebihan dan manafaat sesiapa yang berpeluang menghadirinya. Suami atau isteri warga ILMI dapat kenal mengenal antara satu sama lain. Disamping itu, kita merasakan betapa hubungan antara warga ILMI dan keluarganya semakin rapat. Semoga, program ini dapat diadakan lagi .... setiap tahun.
Juga terima kasih di atas semua penderma yang sudi menyumbang. Sekian wassalam - Pengetua SMA ILMI.

Wednesday, May 23, 2007

SAMBUTAN HARI GURU

Sekolah Rendah Islam & Sekolah Menengah Agama Ilmi akan menyambut Hari Guru pada 25 Mei 2007. Kepada semua Guru Diucapkan SELAMAT HARI GURU.

LENCANA SEKOLAH

Sekolah Rendah Islam Ilmi



Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi


JADUAL KELAS TAMBAHAN CUTI SEKOLAH



TINGKATAN TIGA - PMR
28 Mei 07- Isnin
9.00 - 10.30 am - Pendidikan Islam - Ustaz Fadzil Muslim
11.00 - 12.30 pm - Bahasa Arab Komunikasi - Ustaz Fadzil Muslim
29 Mei 07 - Selasa
9.00 - 10.30 am - Sejarah - Ustazah Mariam
11.00 - 12.30 pm - KHB - Puan Suhaila Mohammed
30 Mei 07 - Rabu
9.00 - 10.30 am - Geografi - Cikgu Norazira
11.00 - 12.30 pm - Geografi - Cikgu Norazira
31 Mei 07 - Khamis

TINGKATAN 5 - SPM
26 Mei 07 - Sabtu
9.00 - 10.30 am - PQS - Ustaz Zulkiefli Semail
11.00 - 12.30 pm - Bahasa Arab Tinggi - Ust Hasrizal Hassan
28 Mei 07 - Isnin
9.00 - 10.30 am - Matematik 1 - Cikgu Sharifah Haslizah
11.00 - 12.30 pm - Matematik II - Cikgu Sharifah Haslizah
29 Mei 07 - Selasa
9.00 - 10.30 am - Sejarah - Ustazah Mariam
11.00 - 12.30 pm - PSI - Ustazah Mariam
30 Mei 07 - rabu
9.00 - 10.30 am - English - Cikgu Siti Jannah
11.00 - 12.30 pm - Science - Cikgu Sharifah Haslizah
31 mei 07 - Khamis
9.00 - 10.30 am - Perdaganggan - Cikgu Norazira
11.00 - 12.30 pm - Prinsip Akaun - Cikgu Norazira
1 Jun 07 - Jumaat
9.00 - 10.30 am - Bahasa Melayu 1 - Cikgu Norazira
11.00 - 12.30 pm - Bahasa Melayu II - Cikgu Norazira

TINGKATAN 4 - SMA
26 Mei 07 - Sabtu
9.00 - 10.30 am - Fekah - Ustaz Hasrul Hadi
11.00 - 12.30 pm - Tauhid - Ustaz Hasrul Hadi
27 Mei 07 - Ahad
9.00 - 10.30 am - Nahu - Ustaz Hasrizal
11.00 - 12.30 pm - Mutolaah - Ustaz Tarmizi
28 Mei 07 - Isnin
9.00 - 10.30 am - Insya' - Ust Tarmizi
29 Mei 07 - Selasa
9.00 - 10.30 am - Tafsir - Ustaz Fadzil
11.00 - 12.30 pm - Hadis - Ustaz fadzil

KUBUR BERJALAN & LABU

Tahukah saudara bahawa serombongan ulama yahudi datang menanyakan 5 soalan kepada Saidina Umar al Khattab yang ketika itu adalah khalifah yang kedua memerintah negara Islam yang makin besar. Antara soalannya ialah apakah dia kubur yang membawa penghuni berjalan? Soalan ini telah dijawab oleh saidina ALi. Kubur berjalan ialah Ikan Nun yang telah menelan Nabi Allah Yunus alaihissalam. Menurut ulama lama masa Nabi Yunus berada dalam ikan tersebut ialah 7 hari, ada juga ulama yang mengatakan 40 hari. Setelah beberapa lama masa berada dalam perut ikan itu, maka Allah mengarahkan ikan tersebut memuntahkan Nabi Yunus. Apabila Nabi Yunus terdampar di pantai, maka Allah telah menyuruhnya memakan buah labu..... tentu buah labu banyak khasiatnya....soalan-soalan lain akan menyusul!
Wassalam - (Abu Nu'man Adib)

PROGRAM & AKTIVITI TERDEKAT

Sekolah-sekolah ILMI akan mengadakan dua program selepas cuti sekolah ini, program-program tersebut ialah :
(1) HARI KELUARGA : 17 Jun 2007 / Ahad / Impian Country Resort, Hulu Langat / Mula 8.00 pagi - 6.00 petang.
(2) RAMAH MESRA : 23 Jun 2007 / Sabtu / Dewan Haji Ishak ILMI / Mula 9.00 pagi.
PIhak sekolah2 ILMI mengalu-alukan sebarang derma berbentuk wang ringgit ataupun barangan seperti hamper untuk Hari Keluarga ILMI 07.

KELAS TAMBAHAN SMA

Assalamualaikum
Sempena cuti sekolah, SMA ILMI seperti biasa akan memulakan cuti dengan Kelas tambahan kepada semua kelas peperiksaan. Masa kelas tambahan ini ialah bermula dari Isnin 28/5/07 hingga 31/5/07. Mohon kepada semua ibubapa supaya mengosongkan masa tersebut dari sebarang kegiatan, kalau ada program cuti sekolah, diharapkan dapat di bawa ke minggu kedua cuti. Sekian terima kasih.

Wednesday, May 9, 2007

UNTUK IBU-IBU TERSAYANG ......

..........dalam himpunan doa-doa, ada satu doa yang amat mengharukan sesiapa yang mengetahuinya, doanya ialah "Ya ALLAH ya Tuhanku, ampunkan dosaku dan dosa ibubapaku, serta beri belas kasihanMu kepada mereka, sebagaimana mereka memberikan belas kasihan mereka kepada kami ketika kecil kami dulu" inilah doa yang kita lafazkan untuk para ibu yang tidak pernah merungut, tidak pernah mengeluh sewaktu membela dan membelai kita anaknya .... sekolah ILMI merakamkan rasa terharu dan rasa amat terhutang budi kepada semua warga ILMI yang bergelar ibu! SELAMA HARI IBUUNTUK SEMUA IBU.

HARI GURU

Sekolah ILMI mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua warga ILMI menengah dan rendah. Kemajuan ILMI dan kejayaan yang dikurniakan ALLAH selama ini bertitik tolak dari keikhlasan guru-guru semua . Bantuan ALLAH akan datang kepada sesiapa yang menolong agamanya. Pendidikan adalah satu cabang menolong agama Allah yang terunggul. Semoga para guru terus berusaha untuk mempertingkatkan lagi prestasi sekolah. Ingatlah bahawa bukan akademik semata-mata buruan kita, tetapi keunggulan akhlak adalah lebih utama dan besar.

Sambutan hari guru ILMI akan diadakan pada 25 Mei 2007 - Hari Jumaat, juga merupakan hari terakhir persekolah untuk penggal pertama ini.

Saturday, May 5, 2007

KELAS TAMBAHAN

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (A) ILMI
  • Kelas tambahan untuk kelas peperiksaan dibuat 3 kali seminggu, masanya antara 3.30 petang hingga 4.30 petang.
  • Meliputi subjek-subjek penting peperiksaan.
SEKOAH RENDAH ISLAM ILMI
  • Rendah mempunyai beberapa kelas tambahan seperti : Kelas Quran, Jawi dan lain-lain.
  • Setiap kelas dikenakan bayaran tertentu, sila berhubung dengan pejabat ILMI.

RAYUAN DERMA

Pihak sekolah ILMI terutama menengah, merayu derma dan sumbangan tuan / puan untuk membaikpulih kerosakkan penyaman udara dalam kebanyakkan kelas. Peruntukkannya dianggarkan ialah sebanyak RM5,000.00. Mohon kerjasama tuan / puan untuk menghulurkan derma, zakat, sumbangan dan lain-lain. Semoga pelaburan akhirat yang dibuat akan dapat membantu perjalanan kita ke Taman-taman Syurga. Sekian terima kasih - Pengetua SMA

Friday, May 4, 2007

PENGHARGAAN DAN HARAPAN

Kami merakamkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada semua penyumbang yang telah memberi komitment yang tinggi terhadap keperluan sekolah. Beberapa bahagian sekolah telah dibaikpulih serta dibinaselia, umpamanya bahagian hadapan sekolah telah dibaik pulih.

Kami masih lagi memerlukan bantuan dan sumbangan dari semua ibubapa dan penjaga, kerana masih banyak lagi perlu dibaikpulih. Semoga ALLAH memberi ganjaran yang yang setimpal dengan apa yang disumbangkan selama ini.

MAKLUMAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI

MESYUARAT PIBG KALI KE 5
  • Tarikh : 13 Mei 2007
  • Masa : 8.45 pagi
  • Hari : Ahad
  • Tempat : Dewan Haji Ishak (ILMI)
  • Surat jemputan mesyuarat telah mula diedarkan hari ini 4 Mei 2007.
  • TINDAKAN IBUBAPA & PENJAGA : Sila kemukakan jawapan kehadiran dengan mengembalikan keratan pada bawah surat notis mesyuarat agung dengan kadar yagn segera jua.

PEPERIKSAAN SERI

  • Akan bermula pada 15 Mei 2007 sehingga 24 Mei 2007.
  • Masa peperiksaan dari 9.00 pagi hingga 12.30 pagi.

Thursday, May 3, 2007

MAKLUMAT TERKINI

AMAL FATAYAT

  • Alam fatayat akan mengadakan satu perkhemahan sehari pada hari Sabtu ini bersamaan 5 Mei 2007,
  • guru yang bertanggungjawab ialah Cikgu Sharifah Haslizah (Penasihat).
  • Bayaran yang dikenakan sebanyak RM20.00, untuk urusan pengangkutan dan barang-barang berkaitan.
  • Makanan bawa sendiri.

PERINGATAN PEPERIKSAAN

  • Bermula dari 9 Mei 2007 Hari Rabu.
  • Masa balik sepanjang masa peperiksaan ialah 12.30 tengah hari.

Saturday, April 28, 2007

QIYAMULLAI

SMA telah mengadakan program Qiyam bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Program ini dikendalikan oleh BALKIS di bawah pimpinan Ustaz Hasrizal bin Hassan dengan dibantu oleh Penolongnya Cikgu Sit Fawziana Azlin. Sambutan amat menggalakkan. Diharapkan agar dengan program kerohanian begini akan dapat membentuk jiwa pelajar yang bersih.

PEPERIKSAAN

Peperiksaan Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi akan bermula pada 10 Mei 2007. Dijangkakan memakan masa selama 3 minggu.

Tuesday, April 24, 2007

CUTI SEMASA

Sekolah-sekolah ILMI akan bercuti mengikut hari-hari berikut :
  • 26 April 2007 - Pertabalan Yang Dipertuan Agong.
  • 30 April 2007 - Cuti kerana Hari Wesak, asalnya hari Rabu 2 April, tetapi ditukar ke Isnin 30 April.
  • 1 Mei 2007 - Hari Pekerja.

Sekolah akan beroperasi kembali pada hari Rabu 2 April 2007.

Sekolah Menengah Agama ILMI akan memulakan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei ini Insya ALLAH.

Thursday, April 19, 2007

PROGRAM & AKTIVITI DI ILMI

Antara program-program yang dilaksanakan di sekolah ILMI ialah :
  • Halaqoh
  • Bacaan Ma'thurat setiap pagi ketika di kelas.
  • Sukan tahunan.
  • Hari Anugerah Kecemerlangan.
  • Kem Motivasi 2 kali setahun.
  • Solat Hajat 3 kali setahun.
  • Hari Pelaporan - Penyerahan Buku Rekod Pelajar 2 atau 3 kali setahun.
  • QIyamullai mengikut kesesuaian.
  • Pendaftaran pelajar akhir Disember setiap tahun.
  • Ceriathon bagi mengumpulkan dana pembangunan ILMI.

STRUKTUR ORGANISASI MENENGAH

  • Pengetua - Us Shukri bin Mohamed @ Harun
  • GPK Pentadbiran - Puan Suhaila Mohammed
  • Penyelaras Akademik & PMR - Puan Aminah Hasim
  • Penyelaras Diniyyah - Us Hasrizal Hassan
  • Penyelaras Ko Kurikulum - Us Fadzil Muslim
  • Penyelaras SPM- Puan Sharifah Haslizah
  • Penyelaras SMA - Cik Maryam Farina
  • Kaunseling - Puan Sharifah Haslizah
  • Data & Rekod - Cik Norazira Noraini
  • Disiplin - Us Mohd Tarmizi Yaakob
  • Sukan - Us Fadzil Muslim
  • Amal Fatayat - Puan Sharifah Haslizah
  • Balkis - Us Hasrizal Hassan
  • Kadet Remaja Sekolah - Us Hasrul Hadi

Keberkatan makanan dalam kisah Imam Haramain

Al Imam Haramain adalah seorang ilmuan terkenal yang mengorbankan seluruh masanya dalam menyebarkan ilmu Islam. Beliaulah guru kepada Al Imam Ghazali yang terkenal dengan buku "Ihya Ulumuddin"nya itu. Ayah Imam Haraiman Abu Muhammad sebelum berkahwin bekerja sebagai seorang penulis kitab dan mendapat upah dari kerjanya itu. Setelah dapat mengumpul beberapa ribu dirham, maka Abu Muhammad membeli seorang Jariah (hamba) dan seterusnya berkahwin dengannya. Jariah itu amat tekun beribadah dan amat terpuji akhlaknya. Setelah beberapa lama berkahwin maka lahir seorang cahaya mata. Abu Muhammad berpesan kepada isterinya jangan sekali-kali memberi makanan dan minuman yang tidak ketentuan. Pada satu masa, isterinya sakit menyebabkan susunya kering, anak kesayangannya menangis tidak henti-henti.
Seorang jirannya tidak tahan mendengar tangisan tersebut, maka jirannya datang dan menyusukan anaknya sekali susu. Apabila balik saja Abu Muhammad dia sangat marah dengan peristiwa ini, kerana anaknya disusui oleh orang yang tidak pasti ahli ibadah atau tidak. Apa yang dilakukan oleh Abu Muhammad amat mengejutkan sekali, kerana beliau telah cuba mengeluarkan balik susu yang dihisab oleh anaknya, sampai anaknya itu muntah. Namun ada lagi sisa-sisa susunya itu yang masih ada dan ditelan oleh anaknya.
Anak itu ialah Imam Haramain, anak ini menjadi alim besar, seringkali apabila beliau mengajar dan kadang-kadang keadaannya tidak stabil dan marah-marah maka kata Imam "Ini adalah hasil dari sisa-sisa susu yang masuk ke dalam tubuhnya".
Ini pengajaran yang penting dalam hal pemakanan, bukan sekadar makanan itu yang perlu diperhatikan kebersihan, malah orang yang membuat makanan tersebutpun mesti diperhatikan.
Renungan untuk pejuang2 Islam - Us Shukri Harun.

Wednesday, April 18, 2007

CARA MENDAFTAR

Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar di ILMI dipelawa melakukan demikian dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :

  • Mengisi borang yang boleh didapati di sekolah;
  • Menyertakannya dengan 2 keping gambar berukuran paspot.
  • Sesalinan sijil lahir
  • Sesalinan kad pengenalan
  • Keputusan peperiksaan terakhir sekolah lama.
  • Kad 001 sekolah lama
  • Kad/Buku prestasi sekolah lama.
  • Mengemukakan bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00

Pelajar-pelajar yang mempunyai sijil UPKK, ataupun bekas pelajar KAFA Integrasi atau dari mana-mana sekolah agama adalah dipelawa untuk belajar di ILMI.

INFO PEPERIKSAAN

RENDAH

  • UPSR
  • UPKK

Tahun 2006 sekolah rendah telah mencapai kecemerlangan dengan 10 pelajar darjah enamnya mendapat 5A dalam UPSR.

MENENGAH

  • PMR
  • SMA
  • SPM

Tahun 2006 mencatat sejarah bagi sekolah menengah ILMI kerana prestasi yang memberangsangkan. Seorang pelajar mendapat 9A & 4 orang mendapat 8A dalam PMR. Manakala dalam SPM seorang pelajar mendapat 7A dengan keseluruhan mata pelajaran lulus 100% kecuali PSI seorang pelajar sahaja yang gagal.

Kemudahan Asrama

Sekolah menengah mempunyai kemudahan asrama yang mampu menampung pelajar serama 24 orang sahaja. 12 lelaki dan 12 perempuan. Sekarang penghuni asrama seramai 22 orang, 12 perempuan, 10 lelaki. Terletak di tingkat 3 bangunan sekolah.

Tuesday, April 17, 2007

SENARAI GURU RENDAH

  • Guru Besar : Us Ibrahim Yusoff - BA Syariah Syria.
  • GPK Pentadbiran : Puan Zaiton Shaari -Diploma Kej Eletrik Perhubungan UTM
  • GPK Hal Ehwal Pelajar : Us Mazlan bin Awang - MA Syariah Islamiyah
  • Mohd Zahriezan Hj Jamaluddin - Diploma Bahasa & Linguistik UM.
  • Mohd Hasri bin Nasir - Diploma Syariah, Kolej Al Hikmah.
  • Mohd Asik bin Dalim - BA Syariah Al Azhar
  • Puan Ruzita Abd Rahman - Diploma Perakaunan UITM
  • Cik Suriyati Mohd Isa - Dip Kej Eletrik Perhubungan UTM
  • Cik Noraizan bt Abdullah - Diploma Penilaian Harta UTM
  • Puan Norazlin Md Samsudin - Diploma Kejuruteraan Mekanikal, UTM
  • Cik Siti Nurulittifaq bt Ibrahim - Diploma Sains UITM
  • Puan Rukiah Mamat - SIjil Tinggi Ugama
  • Puan Che Norlila bt Sulaiman - Sijil Tinggi Ugama
  • Puan Norbaniza bt Busu - Sijil Tinggi Ugama
  • Cik Nurul Zaina bt Nordin - Diploma Perkaunan, UITM
  • Cik Alaviah bt Ab Ghani @ Ahmad - Diploma Sains, UITM
  • Cik Siti Mursyidah bt Ramly - Diploma Perkaunan UITM
  • Cik Che Ku Norhayati Che Ku Endut - Diploma Kej. ELetrik Perhubungan UTM

Monday, April 16, 2007

Sejarah ILMI

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
  • Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1993, berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Idea penubuhankan sekolah ini timbul atas kesedaran untuk meningkatkan pendidikan berteraskan Islam yang bersepadu, seiring dengan tuntutan agama Islam itu sendiri, Pada penubuhannya seramai 12 orang jawatankuasa penaja telah bertungkus lumus untuk melihat hasrat ini tercapai, demi memberikan pengajian agama yang lengkap kepada anak-anak yang merupakan amanah ALLAH.
  • Kejayaan mereka bukannya sekadar di peringkat akademik tetapi juga diperingkat akhlak atau lebih tepat lagi kejayaan akhiratnya.Bagi memulakannya, sekolah rendah telah ditubuhkan di No. 10, Jalan 4K Taman Ampang Jaya. Satu majlis pelancaran derma telah dibuat.Ketika penubuhannya seramai 20 orang pelajar rendah telah mendaftarkan diri di darjah satu. Ketika ini seramai 7 orang guru telah diambil. Manakala pelajar KAFA telah diterima masuk seramai 50 orang dengan tenaga pengajarnya 5 orang. Dalam masa yang amat singkat pelajar rendah ini meningkat seramai 120 orang.
  • Oleh kerana tempat yang disewa tidak dapat menampung pelajar seramai itu, maka pada tahun 1994 sekolah telah berpindah ke bangunan rumah PKNS di Taman Ampang Jaya.Sekolah ini terus mendapat sambutan sehingga pada tahun 1996pelajarnya mencecah 370 orang, bilangan pelajar ini menyebabkan sekolah berpindah sekali lagi ke Taman Rasmi Jaya.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI

  • Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1999, kesinambungan dari Sekolah Rendah Ilmi, maka setelah persiapan dilakukan seramai 42 orang pelajar telah diterima sebagai pelajar sulong sekolah menengah, 2 tahun selepas itu pelajar-pelajar bertambah kepada 84 orang. Meliputi 4 kelas dengan 7 orang guru sebagai tenaga pengajarnya. Sekarang sekolah menengah mempunyai seramai 170 pelajar dengan 13 orang tenaga pengajarnya.

Lagu Sekolah

Kami putra putri Islam Al Ilmi
bersatu hati membentuk peribadi
dengan niat suci dan murni
mendukung ilmi Allah, Allah, Allah
Penat lelah tiada rintangan
akan kami rempuh sepanjang zaman
agar tercapai cita-cita kami
menjadi contoh generasi mukmin
menjadi contoh generasi mukmin
Taqwa .. ilmu ... iman....
Islam gemilang kembali berkembang
di bawah naungan Allah, Allah
ilmu adalah sinaran cahaya
penyuluh jalan waktu gelap gelita
Akhirat di sana tempat bermegah
membantu kita menuju ke Syurga
Taqwa .. ilmu ... iman
adalah kuci kekuatan
Islam gemilang kembali berkembang
di bawah naungan Allah, Allah
di bawah naungan ALlah, Allah

Kami putra putri Islam Al Ilmi
bersatu hati membentuk peribadi
dengan niat suci dan murni
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah

MATLAMAT PENUBUHAN ILMI

MATLAMAT PENUBUHAN

  • Mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang menggabungkan pendidikan agama dan akademik sebagai alternatif kepada pendidikan sedia ada yang tidak menyeluruh.
  • Bagi melahirkan generasi yang mempunyai roh Islam dan dapat menghayatinya dalam kehidupan mereka seharian.
  • Melahirkan generasi berpendidikan Islam yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama, akademik dan melahirkan insan yang bertaqwa dan berakhlak tinggi.
  • Menampung usaha-usaha sedia ada dalam perkhidmatan pendidikan Islam.

FALSAFAH PENDIDIKAN

  • Pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Berkemampuan dalam membantu kehidupan diri, keluarga dan masyarakat mengikut acuan Islam.

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Sekolah ILMI adalah sekolah swasta sepenuhnya, integrasi antara Akademik dan diniyyah. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dengan No. Pendaftarannya SPS/PRP/08/06 (SEM) 73. Beroperasi sejak 14 tahun dulu.
Menawarkan mata pelajaran yang merangkumi agama dan akademik, antaranya ialah :
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI (SERI) :
Diniyyah - Quran, Hadis, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Bahasa Arab, tajwid & Tafsir.
Akademik - Bahasa Melayu, English, matematik, Sains, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan jasmani, pendidikan Seni, Khat & Komputer.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI :
Diniyyah - Quran, Hadis, tafsir, fekah, tauhid, akhlak, Bahasa Arab Komunikasi, Ulum Hadis, Sirah Nabawi, Nahu & Sorof, Insya' (karangan), Mutolaah, Nusus, Balaghah, Imla' & Khot, Pendidikan Al Quran & As Sunnah, Pengajia nSyariah Islam, Pendidikan Islam & Bahasa Arab Tinggi.
Akademik - Bahas Melayu, English, Matematik, Sains, Seajrah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan & Printip Akaun.
Akademik -

PENTADBIRAN ILMI & INFO YURAN

STRUKTUR ORGANISASI

  • Ahli Lembaga Pengarah - Diketuai oleh Pengerusi. Mengendalikan keseluruhan kumpulan ILMI.
  • Ahli Lembaga Pengelola - Diketuai oleh seorang Pengerusi. Mengendalikan urusan akademik sahaja.
  • Pengetua Sekolah Menengah & Guru Besar Sekolah Rendah - Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah.
YURAN PENGAJIAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
  • 1) Sekolah Rendah Islam ILMI - RM150.00 sebulan.

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN - RM705.00

  • RM150.00 - Pendaftaran (Pelajar baru sahaja) RM150.00
  • RM70.00 - Kebajijan 3) Peperiksaan Dalaman RM80.00
  • RM45.00 - Ko kurikulum 5) Ihtifal RM30.00
  • RM30.00 - Sukan
  • RM5.00 - Takaful
  • RM20.00 - Majalah
  • RM20.00 - PIBG
  • RM300.00 - Yuran Jan & Nov Jumlah RM705.00

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI

  • Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI - RM165.00 sebulan.

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN - RM825.00

  • RM150.00 - Pendaftaran (utk pelajar baru sahaja)
  • RM100.00 - Kebajikan
  • RM60.00 - Peperiksaan Penggal
  • RM40.00 - Ko Kurikulum
  • RM30.00 - Ihtifal
  • RM40.00 - Sukan
  • RM25.00 - KHB (untuk pelajar tingkatan 1 - 3 shj)
  • RM5.00 - Perlindungan Takaful
  • RM20.00 - Majalah
  • RM25.00 - PIBG (Mula dari tahun 2008)
  • RM300.00 - Yuran Januari & November

YURAN ASRAMA

  • RM230.00 Sebulan - 3 kali makan.

Friday, April 13, 2007

MAKLUMAT SEKOLAH

Makluman Institusi Pendidikan :

Sekolah ILMI terdiri dari 3 buah institusi pendidikan iaitu :
1. Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi;
2. Sekolah Rendah Islam Ilmi;
3. Kafa Integrasi Ilmi

Telah di asaskan sejak 14 tahun yang lampau oleh sekumpulan petugas Islam yang amat peka dengan pendidikan Islam sebagai alternatif utama masyarakat.

Sekarang sekolah ini diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarahnya yang amat sensitif dengan keperluan sekolah dan kemajuannya.

Sekarang pelajar-pelajar ILMI berjumlah hampir 600 orang, termasuk rendah dan menengahnya. Bilangan guru-guru lebih kurang 35 orang.

Yuran ILMI adalah yang termurah dalam KL dan Selangor, Rendah RM150.00 sebulan manakala menengahnya RM165.00 sebulan.

RENUNGAN JUMAAT

Assalamualaikum

Marilah sama-sama kita merenung serta melihat beberapa pengajaran dari ayat ALlah ini :
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Mu'min ayat 82 yang bermaksud "... mengapa mereka tidak mengembara di atas muka bumi, supaya mereka dapat melihat nasib orang-orang dahulu kala yang dibinasakan ALLAH justeru dos-dosa mereka ? Bilangan mereka lebih ramai dari kamu dan lebih kekuatan mereka dari kamu, namun bilangan yang ramai dan kekuatan tersebut langsung tidak mampu menolong atau tidak mampu menyelamatkan mereka.

Wasallam - Ust Shukri Harun, Pengetua Sek Men Agama (Arab) Ilmi, Ampang Jaya.

Thursday, April 12, 2007

PESANAN IMAM GHAZALI

Pesan Al Imam Ghazali dalam buku kecil saiz nya tapi besar manafaatnya berjudul "Wahai anakku", katanya "ILMU ITU PATINYA IALAH AMALAN".

SEMBAHYANG SEBAGAI PERINGATAN

Assalamualaikum
Sepanjang kita bersembahyang mengadap ALLAH, apakah kita pernah bertanya, berapakah bilangan rakaat sembahyangku yang benar-benar yang aku lakukan khusyu' kepada ALLAH ? ataupun apabila dikira kita dapat hanya beberapa rakaat sahaja yang kononnya khusyu' ?!! tidakkah itu semua patut menyebabkan kita risau dan gusar ..... kerana siksanya amat berat, mampukah kita menghadapi api neraka kerana kelalaian kita sendiri ?!!!

PELANCARAN

Assalamualaikum ..................

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT SEKOLAH ILMI

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI