Saturday, September 22, 2007

PENDAFTARAN PELAJAR BARU ILMI

Sekolah-sekolah ILMI samada Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, kini membuka PENDAFTARAN pelajar-pelajar untuk Sesi Persekolahan 2008. Setiap ibubapa atau sesiapa yang berminat, sila datang ke pejabat kami untuk mengambil borang pendaftaran.
CARA PENDAFTARAN :
Tuan / puan boleh terus mendaftar dengan datang ke pejabat ILMI sambil membawa 2 keping gambar anak, sesalinan sijil Lahir @ kad Pengenalan, Kad Prestasi sekolah lama dan Borang (yg boleh didapati di pejabat sekolah) dan duit pendaftaran berjumlah RM150.00.
PERKHIDMATAN ASRAMA
Pihak sekolah Menengah juga menawarkan khidmat asrama dengan dikenakan bayaran RM230.00 sebulan. Pendaftaran Asrama dikenakan sebanyak RM100.00.
YURAN PERSEKOLAHAN
Yuran yang dikenakan seperti berikut :
1) Sekolah Rendah Islam RM150.00 - sebulan
2) Sekolah Menengah Agama RM165.00 - sebulan
3) Kafa Integrasi Ilmi RM50.00 - sebulan

TAZKIRAH 10 RAMADHAN

Hari ini berakhirnya penggal pertama Puasa Ramadhan, sebagaimana yang disabdakan Rasulullah :
اولُهُ رحمة وأوسطُهُ مغفرة وءاخرُهُ عتق من النار
(Permulaannya rahmahNYA, pertengahannya KeampunanNYA dan akhirnya bebas dari neraka)
Malam ini kita masuk ke penggal ke 2 Ramadhan. Oleh itu setiap mukmin perlu melakukan muhasabah berkala terhadap seluruh amalannya selama 10 hari yang lepas, adakah mencukupi serta memenuhi tuntutan keberkatanan bulan Ramadhan yang datang setahun sekali sahaja itu ? Juga, adakah kita mampu menerima keberkatan ke 2 pula iaitu keampunan ALLAH terhadap segala dosa-dosa kita yang dilakukan sepanjang tahun dan akan datang ? Muhasabah seterusnya perlu dilakukan, agar kita menjadi insan bersih dari segala macam dosa yang berkarat dalam diri kita sejak 11 bulan yang lalu ....sama-samalah kita fikirkan.

Wednesday, September 19, 2007

TAZKIRAH RAMADHAN KE 7

‏حَدَّثَنَا ‏ ‏يَحْيَى بْنُ يَحْيَى ‏ ‏قَالَ قَرَأْتُ عَلَى ‏ ‏مَالِكٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏ابْنِ شِهَابٍ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏حُمَيْدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ ‏ ‏عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Hadis Abu Hurairah r.a: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang malam pada bulan Ramadan kerana keimanan (kepada Allah) dan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu
Nombor Hadis Dalam Sahih Muslim [Dalam Bahasa Arab sahaja]: 1266
Ramadhan adalah bulan terkumpulnya terlalu banyak kelebihan, keberkatan, pahala yang melimpah ruah, keikhlasan dan sebagainya. Oleh itu kerjakanlah amalan atau ibadah untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang memang ingin diberikan ALlah kepada kita, dan kita semua tahu bahawa natijah kepada pahala yang diberikan itu ialah Syurganya. Kerjakanlah solat tarawih, solat tahajjud, bacaan quran dan lain-lain agar pahala yang maksima dapat kita cari, sesungguhnya ALlah Maha Mulia dan Maha Pengasih, sehingga memberikan satu bulan yang penuh dengan keberkatan dan pahala ini.

Monday, September 17, 2007

IFTHOR JAMA'E

Semua ibubapa / penjaga dijemput ke MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA ILMI pada 22 September 2007, bermula dari jam 6.00 petang, di Dataran ILMI. Surat jemputan dan borang penyertaan sumbangan Tahli & sumbangan Ifthor akan mula diedar hari ini. Jawapan kehadiran perlu diberikan untuk tempahan makanan, hari Khamis hari terakhir utk berikan jawapan dan penghantaran kembali borang.

Saturday, September 15, 2007

BENGKEL BAHASA MELAYU

Pada hari ini, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Ilmi menghadiri satu bengkel Bahasa Melayu bagi pemantapan bahasa mereka.

TAZKIRAN 3 RAMADHAN 1428

SELAMAT DARI GANGGUAN SYAITAN SAMBIL MENDAPAT BELAIAN NIKMAT SYURGA
‏عن ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏ ‏رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ‏ ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ ‏ ‏إِذَا جَاءَ رَمَضَانُ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ ‏ ‏وَصُفِّدَتْ ‏ ‏الشَّيَاطِينُ
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Sahih Muslim
Kita telah diberikan suatu harapan oleh Nabi Sollahu 'alaihi wasallam bahawa Syaitan dibelenggu, apabila mendengar tentang terbelanggunya Syaitan, maka jiwa dan hati kita merasa selamat daripada gangguannya. Tetapi orangmukmin perlu sedar bahawa, sebenarnya syaitan itu bersarang di hati kita, apabila kita mendengar hadis di atas, seolah2 kita secara saikologinya telah membuang syaitan dari hati kita, namun karatnya masih tinggal lagi.....
Oleh itu, keluarkanlah saki baki perasaan syaitan yang masih ada dalam hati kita, yang karatnya masih lagi tinggal di dalam hati kita itu. Maka puasalah caranya, jadi! puasalah dengan sebenar-benar puasa, inilah peluang kita memiliki masa keemasan tanpa gangguan syaitan untuk terus beribadat (Abu Nu'man Adib)

Friday, September 14, 2007

TARIKH2 PENTING SMA

(1) CERIATHON 07
HADIAH - KATEGORI PELAJAR
Pertama - Kamus Digital
Kedua - Hamper RM100.00
Ketiga - Hamper RM50.00
Syarat untuk mendapat hadiah pertama, derma mestilah mencecah RM400.00
HADIAH - KATEGORI SELAIN PELAJAR
Pertama - Camera Digital
Kedua - Hamper RM150.00
Ketiga - Hamper RM75.00
Syarat untuk mendapat hadiah pertama, kutipan mestilah mencecah RM500.00
Hari terakhir penyerahan kutipan ialah pada 2 November 2007.
Kemuncak adalah pada 17 November 2007

(2) HALAQOH
Akan dilaksanakan pada 19 Sept 2007 Hari Rabu, semua pelajar wajib hadir.

(3) IFTHOR JAMA'I (BUKA PUASA PERDANA ILMI)
Pada 22 September 2007, bermula dari 6.00 petang dengan Tazkirah Ramadhan. Semua ibubapa, pelajar, guru, kakitangan ILMI adalah dijemput.
SUMBANGAN ANDA DIPERLUKAN UNTUK MENJAYAKANNYA, BULAN RAMADHAN BULAN SEDEKAH, BULAN INFAQ.

TAZKIRAH 2 RAMADHAN 1428

PUASA & AL QURAN MEMBERI SYAFAAT
Bersabda Rasulullah Sollahu 'alaihi wasallam, hadis melalui Abdullah bin Amru, Sabda baginda :
الصيام والقرءان يشفعانِ للعبد يوم القيامة يقول الصيام أي رب منعتُهُ الطعامَ والشهوات بالنهار فشفعني به ويقول القرءان منعتُهُ النوم بالليل فشفعني فيُشفعان - رواه الإمام أحمد بسندٍ صحيحٍ
(Puasa & AL-Quran mensyafaatkan hamba pada hari kiamat, berkata puasa "aku menghalangnya dari makan pada siang hari, maka berilah syafaatku dengannya", berkata pula Al-Quran "Aku menegahnya tidur pada malam (kerana beribadah) maka berilah syafaatku kerananya, lalu kedua-duanya memberi syafaatnya)
Hadis menjelaskan tentang kelebihan sesiapa yang berpuasa dan menghidupkan malamnya dengan bacaan AL-Quran. Kedua-duanya akan memberi manafaat besar kepada pengamalnya, mudah-mudahan kita adalah sebahagian daripada orang yang mendapat kelebihan dan syafaat tersebut. Wassalam (Abu Nu'man Adib)

Thursday, September 13, 2007

TAZKIRAH RAMADAN - 1 Ramadan (13 Sept 07)

RAMADHAN & AL-QURAN
Ramadhan dan Al-Quran tidak dapat dipisahkan, keran seolah-olah kelebihan Ramadhan itu dicetuskan oleh AL-Quran. Ini jelas disebut dalam beberapa ayat Al-Quran, antaranya dalam surah AL-Baqarah ayat 185 :
شهر رمضان الذي أٌنزل فيه القرءان هدى للناس وبينات من الهدى والفرقان
(Maksudnya : Bulan Ramadhan yang diturnkan padanya akan AL-Quran, bersifat memberi petunjuk dan penerangan/penjelasan tentang petunjuk, juga membezakan (antara hak dan batil)
Kerana itu, rugilah dan menyesalkan sesiapa yang berpuasa dalam sebaik-baik bulan, tetapi meninggalkan sebaik-baik pengisiannya iaitu AL-Quran. Oleh itu, marilah kita sama mengisi bulan berkat ini dengan sebanyak-banyak bacaan AL-Quran serta memahaminya dengan sefaham-fahamnya. Wasallam
(Ust Shukri Harun - Pengetua SMA(A)ILMI.

Monday, September 10, 2007

WAKTU SEKOLAH BULAN RAMADAN

Sekolah Rendah Islam & Sekolah Menengah Agama ILMI, mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadan 1428 Hijrah. Semoga Ramadan kali ini lebih baik dari Ramadan yang lalu.
Isnin hingga Khamis
Mula dari 8.00 pagi hingga 1.20 Tengah hari.
Jumaat
Mula dari 8.00 pagi hingga 12.20 Tengah hari.
Waktu persekolahan bulan ramadan ini adalah untuk kedua-dua sekolah, menengah dan rendah.

Wednesday, September 5, 2007

SENARAI PROGRAM & AKTIVITI

8 September 07 - Perkhemahan Balkis di Janda Baik.
9 September 07 - SOLAT HAJAT KE 3, 9.00 pg - Semua Ibubapa & Penjaga
pelajar2 Kelas peperiksaan adalah dijemput hadir.
(utk kelas2 peperiksaan sahaja)
11 September 07 - Perlancaran Ceriathon 2007.
19 September 07 - Halaqoh 5 (Semua Pelajar terlibat)
22 September 07 - Ifthor Jama'i ILMI '07
12 Oktober 07 - Cuti Raya bermula sehingga 21 Okt 07.
22 Oktober 07 - Sekolah dibuka semula
24 Oktober 07 - Peperiksaan Akhir Tahun bermula
16 November 07 - Penyerahan Buku Rekod Prestasi SMA
17 November 07 - Sambutan Aidil Fitri & Kemuncak Ceriathon 07
- Cuti Akhir Persekolahan bermula

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum
Sekolah-sekolah ILMI mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL MUBARAK, bulan berkat, bulan rahmah, bulan keampunan. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu keimanan dan ketaqwaan kepada kita Insya ALLAH.
Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang, maka sekolah-sekolah ILMI akan mengadakan program 'IFTHOR JAMA'I'nya pada 22 September 2007. Semua ibubapa, ALP, Pengelola, guru-guru, pekerja-pekerja dan pelajar-pelajar adalah terdiri dari jemputan.
Sekolah ILMI juga mengalu-alukan sebarang sumbangan atau penyertaan sama tuan / puan dalam memeriahkan lagi buka puasa berjemaah ini.
Sekian jazakumuLLAH Khairan kathira - Pengetua SMA

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI