Saturday, April 28, 2007

QIYAMULLAI

SMA telah mengadakan program Qiyam bagi pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 2. Program ini dikendalikan oleh BALKIS di bawah pimpinan Ustaz Hasrizal bin Hassan dengan dibantu oleh Penolongnya Cikgu Sit Fawziana Azlin. Sambutan amat menggalakkan. Diharapkan agar dengan program kerohanian begini akan dapat membentuk jiwa pelajar yang bersih.

PEPERIKSAAN

Peperiksaan Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi akan bermula pada 10 Mei 2007. Dijangkakan memakan masa selama 3 minggu.

Tuesday, April 24, 2007

CUTI SEMASA

Sekolah-sekolah ILMI akan bercuti mengikut hari-hari berikut :
  • 26 April 2007 - Pertabalan Yang Dipertuan Agong.
  • 30 April 2007 - Cuti kerana Hari Wesak, asalnya hari Rabu 2 April, tetapi ditukar ke Isnin 30 April.
  • 1 Mei 2007 - Hari Pekerja.

Sekolah akan beroperasi kembali pada hari Rabu 2 April 2007.

Sekolah Menengah Agama ILMI akan memulakan peperiksaan pertengahan tahun pada bulan Mei ini Insya ALLAH.

Thursday, April 19, 2007

PROGRAM & AKTIVITI DI ILMI

Antara program-program yang dilaksanakan di sekolah ILMI ialah :
  • Halaqoh
  • Bacaan Ma'thurat setiap pagi ketika di kelas.
  • Sukan tahunan.
  • Hari Anugerah Kecemerlangan.
  • Kem Motivasi 2 kali setahun.
  • Solat Hajat 3 kali setahun.
  • Hari Pelaporan - Penyerahan Buku Rekod Pelajar 2 atau 3 kali setahun.
  • QIyamullai mengikut kesesuaian.
  • Pendaftaran pelajar akhir Disember setiap tahun.
  • Ceriathon bagi mengumpulkan dana pembangunan ILMI.

STRUKTUR ORGANISASI MENENGAH

  • Pengetua - Us Shukri bin Mohamed @ Harun
  • GPK Pentadbiran - Puan Suhaila Mohammed
  • Penyelaras Akademik & PMR - Puan Aminah Hasim
  • Penyelaras Diniyyah - Us Hasrizal Hassan
  • Penyelaras Ko Kurikulum - Us Fadzil Muslim
  • Penyelaras SPM- Puan Sharifah Haslizah
  • Penyelaras SMA - Cik Maryam Farina
  • Kaunseling - Puan Sharifah Haslizah
  • Data & Rekod - Cik Norazira Noraini
  • Disiplin - Us Mohd Tarmizi Yaakob
  • Sukan - Us Fadzil Muslim
  • Amal Fatayat - Puan Sharifah Haslizah
  • Balkis - Us Hasrizal Hassan
  • Kadet Remaja Sekolah - Us Hasrul Hadi

Keberkatan makanan dalam kisah Imam Haramain

Al Imam Haramain adalah seorang ilmuan terkenal yang mengorbankan seluruh masanya dalam menyebarkan ilmu Islam. Beliaulah guru kepada Al Imam Ghazali yang terkenal dengan buku "Ihya Ulumuddin"nya itu. Ayah Imam Haraiman Abu Muhammad sebelum berkahwin bekerja sebagai seorang penulis kitab dan mendapat upah dari kerjanya itu. Setelah dapat mengumpul beberapa ribu dirham, maka Abu Muhammad membeli seorang Jariah (hamba) dan seterusnya berkahwin dengannya. Jariah itu amat tekun beribadah dan amat terpuji akhlaknya. Setelah beberapa lama berkahwin maka lahir seorang cahaya mata. Abu Muhammad berpesan kepada isterinya jangan sekali-kali memberi makanan dan minuman yang tidak ketentuan. Pada satu masa, isterinya sakit menyebabkan susunya kering, anak kesayangannya menangis tidak henti-henti.
Seorang jirannya tidak tahan mendengar tangisan tersebut, maka jirannya datang dan menyusukan anaknya sekali susu. Apabila balik saja Abu Muhammad dia sangat marah dengan peristiwa ini, kerana anaknya disusui oleh orang yang tidak pasti ahli ibadah atau tidak. Apa yang dilakukan oleh Abu Muhammad amat mengejutkan sekali, kerana beliau telah cuba mengeluarkan balik susu yang dihisab oleh anaknya, sampai anaknya itu muntah. Namun ada lagi sisa-sisa susunya itu yang masih ada dan ditelan oleh anaknya.
Anak itu ialah Imam Haramain, anak ini menjadi alim besar, seringkali apabila beliau mengajar dan kadang-kadang keadaannya tidak stabil dan marah-marah maka kata Imam "Ini adalah hasil dari sisa-sisa susu yang masuk ke dalam tubuhnya".
Ini pengajaran yang penting dalam hal pemakanan, bukan sekadar makanan itu yang perlu diperhatikan kebersihan, malah orang yang membuat makanan tersebutpun mesti diperhatikan.
Renungan untuk pejuang2 Islam - Us Shukri Harun.

Wednesday, April 18, 2007

CARA MENDAFTAR

Sesiapa sahaja yang mempunyai kelayakan untuk mendaftar sebagai pelajar di ILMI dipelawa melakukan demikian dengan mengemukakan perkara-perkara berikut :

  • Mengisi borang yang boleh didapati di sekolah;
  • Menyertakannya dengan 2 keping gambar berukuran paspot.
  • Sesalinan sijil lahir
  • Sesalinan kad pengenalan
  • Keputusan peperiksaan terakhir sekolah lama.
  • Kad 001 sekolah lama
  • Kad/Buku prestasi sekolah lama.
  • Mengemukakan bayaran pendaftaran sebanyak RM150.00

Pelajar-pelajar yang mempunyai sijil UPKK, ataupun bekas pelajar KAFA Integrasi atau dari mana-mana sekolah agama adalah dipelawa untuk belajar di ILMI.

INFO PEPERIKSAAN

RENDAH

  • UPSR
  • UPKK

Tahun 2006 sekolah rendah telah mencapai kecemerlangan dengan 10 pelajar darjah enamnya mendapat 5A dalam UPSR.

MENENGAH

  • PMR
  • SMA
  • SPM

Tahun 2006 mencatat sejarah bagi sekolah menengah ILMI kerana prestasi yang memberangsangkan. Seorang pelajar mendapat 9A & 4 orang mendapat 8A dalam PMR. Manakala dalam SPM seorang pelajar mendapat 7A dengan keseluruhan mata pelajaran lulus 100% kecuali PSI seorang pelajar sahaja yang gagal.

Kemudahan Asrama

Sekolah menengah mempunyai kemudahan asrama yang mampu menampung pelajar serama 24 orang sahaja. 12 lelaki dan 12 perempuan. Sekarang penghuni asrama seramai 22 orang, 12 perempuan, 10 lelaki. Terletak di tingkat 3 bangunan sekolah.

Tuesday, April 17, 2007

SENARAI GURU RENDAH

  • Guru Besar : Us Ibrahim Yusoff - BA Syariah Syria.
  • GPK Pentadbiran : Puan Zaiton Shaari -Diploma Kej Eletrik Perhubungan UTM
  • GPK Hal Ehwal Pelajar : Us Mazlan bin Awang - MA Syariah Islamiyah
  • Mohd Zahriezan Hj Jamaluddin - Diploma Bahasa & Linguistik UM.
  • Mohd Hasri bin Nasir - Diploma Syariah, Kolej Al Hikmah.
  • Mohd Asik bin Dalim - BA Syariah Al Azhar
  • Puan Ruzita Abd Rahman - Diploma Perakaunan UITM
  • Cik Suriyati Mohd Isa - Dip Kej Eletrik Perhubungan UTM
  • Cik Noraizan bt Abdullah - Diploma Penilaian Harta UTM
  • Puan Norazlin Md Samsudin - Diploma Kejuruteraan Mekanikal, UTM
  • Cik Siti Nurulittifaq bt Ibrahim - Diploma Sains UITM
  • Puan Rukiah Mamat - SIjil Tinggi Ugama
  • Puan Che Norlila bt Sulaiman - Sijil Tinggi Ugama
  • Puan Norbaniza bt Busu - Sijil Tinggi Ugama
  • Cik Nurul Zaina bt Nordin - Diploma Perkaunan, UITM
  • Cik Alaviah bt Ab Ghani @ Ahmad - Diploma Sains, UITM
  • Cik Siti Mursyidah bt Ramly - Diploma Perkaunan UITM
  • Cik Che Ku Norhayati Che Ku Endut - Diploma Kej. ELetrik Perhubungan UTM

Monday, April 16, 2007

Sejarah ILMI

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
  • Sekolah ini ditubuhkan pada bulan Ogos 1993, berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Idea penubuhankan sekolah ini timbul atas kesedaran untuk meningkatkan pendidikan berteraskan Islam yang bersepadu, seiring dengan tuntutan agama Islam itu sendiri, Pada penubuhannya seramai 12 orang jawatankuasa penaja telah bertungkus lumus untuk melihat hasrat ini tercapai, demi memberikan pengajian agama yang lengkap kepada anak-anak yang merupakan amanah ALLAH.
  • Kejayaan mereka bukannya sekadar di peringkat akademik tetapi juga diperingkat akhlak atau lebih tepat lagi kejayaan akhiratnya.Bagi memulakannya, sekolah rendah telah ditubuhkan di No. 10, Jalan 4K Taman Ampang Jaya. Satu majlis pelancaran derma telah dibuat.Ketika penubuhannya seramai 20 orang pelajar rendah telah mendaftarkan diri di darjah satu. Ketika ini seramai 7 orang guru telah diambil. Manakala pelajar KAFA telah diterima masuk seramai 50 orang dengan tenaga pengajarnya 5 orang. Dalam masa yang amat singkat pelajar rendah ini meningkat seramai 120 orang.
  • Oleh kerana tempat yang disewa tidak dapat menampung pelajar seramai itu, maka pada tahun 1994 sekolah telah berpindah ke bangunan rumah PKNS di Taman Ampang Jaya.Sekolah ini terus mendapat sambutan sehingga pada tahun 1996pelajarnya mencecah 370 orang, bilangan pelajar ini menyebabkan sekolah berpindah sekali lagi ke Taman Rasmi Jaya.

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI

  • Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1999, kesinambungan dari Sekolah Rendah Ilmi, maka setelah persiapan dilakukan seramai 42 orang pelajar telah diterima sebagai pelajar sulong sekolah menengah, 2 tahun selepas itu pelajar-pelajar bertambah kepada 84 orang. Meliputi 4 kelas dengan 7 orang guru sebagai tenaga pengajarnya. Sekarang sekolah menengah mempunyai seramai 170 pelajar dengan 13 orang tenaga pengajarnya.

Lagu Sekolah

Kami putra putri Islam Al Ilmi
bersatu hati membentuk peribadi
dengan niat suci dan murni
mendukung ilmi Allah, Allah, Allah
Penat lelah tiada rintangan
akan kami rempuh sepanjang zaman
agar tercapai cita-cita kami
menjadi contoh generasi mukmin
menjadi contoh generasi mukmin
Taqwa .. ilmu ... iman....
Islam gemilang kembali berkembang
di bawah naungan Allah, Allah
ilmu adalah sinaran cahaya
penyuluh jalan waktu gelap gelita
Akhirat di sana tempat bermegah
membantu kita menuju ke Syurga
Taqwa .. ilmu ... iman
adalah kuci kekuatan
Islam gemilang kembali berkembang
di bawah naungan Allah, Allah
di bawah naungan ALlah, Allah

Kami putra putri Islam Al Ilmi
bersatu hati membentuk peribadi
dengan niat suci dan murni
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah
mendukung ilmu Allah, Allah, Allah

MATLAMAT PENUBUHAN ILMI

MATLAMAT PENUBUHAN

  • Mewujudkan satu sistem pendidikan Islam yang menggabungkan pendidikan agama dan akademik sebagai alternatif kepada pendidikan sedia ada yang tidak menyeluruh.
  • Bagi melahirkan generasi yang mempunyai roh Islam dan dapat menghayatinya dalam kehidupan mereka seharian.
  • Melahirkan generasi berpendidikan Islam yang mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama, akademik dan melahirkan insan yang bertaqwa dan berakhlak tinggi.
  • Menampung usaha-usaha sedia ada dalam perkhidmatan pendidikan Islam.

FALSAFAH PENDIDIKAN

  • Pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, beriman, berilmu dan berakhlak mulia. Berkemampuan dalam membantu kehidupan diri, keluarga dan masyarakat mengikut acuan Islam.

MATA PELAJARAN YANG DITAWARKAN

Sekolah ILMI adalah sekolah swasta sepenuhnya, integrasi antara Akademik dan diniyyah. Berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor dengan No. Pendaftarannya SPS/PRP/08/06 (SEM) 73. Beroperasi sejak 14 tahun dulu.
Menawarkan mata pelajaran yang merangkumi agama dan akademik, antaranya ialah :
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI (SERI) :
Diniyyah - Quran, Hadis, Akidah, Sirah, Fekah, Akhlak, Bahasa Arab, tajwid & Tafsir.
Akademik - Bahasa Melayu, English, matematik, Sains, Kajian Tempatan, Kemahiran Hidup, Pendidikan jasmani, pendidikan Seni, Khat & Komputer.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI :
Diniyyah - Quran, Hadis, tafsir, fekah, tauhid, akhlak, Bahasa Arab Komunikasi, Ulum Hadis, Sirah Nabawi, Nahu & Sorof, Insya' (karangan), Mutolaah, Nusus, Balaghah, Imla' & Khot, Pendidikan Al Quran & As Sunnah, Pengajia nSyariah Islam, Pendidikan Islam & Bahasa Arab Tinggi.
Akademik - Bahas Melayu, English, Matematik, Sains, Seajrah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Perdagangan & Printip Akaun.
Akademik -

PENTADBIRAN ILMI & INFO YURAN

STRUKTUR ORGANISASI

  • Ahli Lembaga Pengarah - Diketuai oleh Pengerusi. Mengendalikan keseluruhan kumpulan ILMI.
  • Ahli Lembaga Pengelola - Diketuai oleh seorang Pengerusi. Mengendalikan urusan akademik sahaja.
  • Pengetua Sekolah Menengah & Guru Besar Sekolah Rendah - Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah.
YURAN PENGAJIAN
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
  • 1) Sekolah Rendah Islam ILMI - RM150.00 sebulan.

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN - RM705.00

  • RM150.00 - Pendaftaran (Pelajar baru sahaja) RM150.00
  • RM70.00 - Kebajijan 3) Peperiksaan Dalaman RM80.00
  • RM45.00 - Ko kurikulum 5) Ihtifal RM30.00
  • RM30.00 - Sukan
  • RM5.00 - Takaful
  • RM20.00 - Majalah
  • RM20.00 - PIBG
  • RM300.00 - Yuran Jan & Nov Jumlah RM705.00

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI

  • Sekolah Menengah Agama (Arab) ILMI - RM165.00 sebulan.

BAYARAN SEMASA PENDAFTARAN - RM825.00

  • RM150.00 - Pendaftaran (utk pelajar baru sahaja)
  • RM100.00 - Kebajikan
  • RM60.00 - Peperiksaan Penggal
  • RM40.00 - Ko Kurikulum
  • RM30.00 - Ihtifal
  • RM40.00 - Sukan
  • RM25.00 - KHB (untuk pelajar tingkatan 1 - 3 shj)
  • RM5.00 - Perlindungan Takaful
  • RM20.00 - Majalah
  • RM25.00 - PIBG (Mula dari tahun 2008)
  • RM300.00 - Yuran Januari & November

YURAN ASRAMA

  • RM230.00 Sebulan - 3 kali makan.

Friday, April 13, 2007

MAKLUMAT SEKOLAH

Makluman Institusi Pendidikan :

Sekolah ILMI terdiri dari 3 buah institusi pendidikan iaitu :
1. Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi;
2. Sekolah Rendah Islam Ilmi;
3. Kafa Integrasi Ilmi

Telah di asaskan sejak 14 tahun yang lampau oleh sekumpulan petugas Islam yang amat peka dengan pendidikan Islam sebagai alternatif utama masyarakat.

Sekarang sekolah ini diuruskan oleh Ahli Lembaga Pengarahnya yang amat sensitif dengan keperluan sekolah dan kemajuannya.

Sekarang pelajar-pelajar ILMI berjumlah hampir 600 orang, termasuk rendah dan menengahnya. Bilangan guru-guru lebih kurang 35 orang.

Yuran ILMI adalah yang termurah dalam KL dan Selangor, Rendah RM150.00 sebulan manakala menengahnya RM165.00 sebulan.

RENUNGAN JUMAAT

Assalamualaikum

Marilah sama-sama kita merenung serta melihat beberapa pengajaran dari ayat ALlah ini :
Firman Allah Ta'ala dalam Surah Mu'min ayat 82 yang bermaksud "... mengapa mereka tidak mengembara di atas muka bumi, supaya mereka dapat melihat nasib orang-orang dahulu kala yang dibinasakan ALLAH justeru dos-dosa mereka ? Bilangan mereka lebih ramai dari kamu dan lebih kekuatan mereka dari kamu, namun bilangan yang ramai dan kekuatan tersebut langsung tidak mampu menolong atau tidak mampu menyelamatkan mereka.

Wasallam - Ust Shukri Harun, Pengetua Sek Men Agama (Arab) Ilmi, Ampang Jaya.

Thursday, April 12, 2007

PESANAN IMAM GHAZALI

Pesan Al Imam Ghazali dalam buku kecil saiz nya tapi besar manafaatnya berjudul "Wahai anakku", katanya "ILMU ITU PATINYA IALAH AMALAN".

SEMBAHYANG SEBAGAI PERINGATAN

Assalamualaikum
Sepanjang kita bersembahyang mengadap ALLAH, apakah kita pernah bertanya, berapakah bilangan rakaat sembahyangku yang benar-benar yang aku lakukan khusyu' kepada ALLAH ? ataupun apabila dikira kita dapat hanya beberapa rakaat sahaja yang kononnya khusyu' ?!! tidakkah itu semua patut menyebabkan kita risau dan gusar ..... kerana siksanya amat berat, mampukah kita menghadapi api neraka kerana kelalaian kita sendiri ?!!!

PELANCARAN

Assalamualaikum ..................

SELAMAT DATANG KE BLOGSPOT SEKOLAH ILMI

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI