Wednesday, December 24, 2008

HARI & TEMPOH PENDAFTARAN



Assalamualaikum

Kepada semua pihak terutama ibubapa / penjaga pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama (A) Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, tarikh pendaftaran dan tempohnya seperti berikut :

Tarikh : Dari 25 Disember 2008 hingga 28 Disember 2008.

Masa : Dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

Tempat Pendaftaran : SERI & KAFA di Surau Ilmi, manakala SMA di Pusat Sumber Sekolah di tingkat satu (atas kantin).

Pelajar-pelajar baru mendaftar perlu mengisi borang pelajar terlebih dahulu di pejabat sekolah. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lama yang mempunyai Tunggakan Yuran, sila jelaskannya terlebih dahulu.

Sekian terima kasih.

Abu Nu'man Adib

Monday, November 24, 2008

MAKLUMAT PENTING

Assalamualaikum
3 tarikh penting dinyatakan untuk perhatian para ibubapa dan guru, iaitu :
(1) 22 Disember 2008 - Semua guru sma dan seri diminta melapor diri.
(2) 25 hingga 27 Disember - Pendaftaran SRI & SMA, untuk pelajar baru dan lama. Masa pendaftaran bermula dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.
(3) 29 - 31 Dis 08 - Latihan Guru
(4) 5 Januari 2009 - Sekolah mula dibuka.

SMART AL QURAN

Alhamdulillah, buat setakat ini program cuti sekolah "smart al-quran" mendapat sambutan yang amat memberangsang. Jumlah pelajar semuanya 58 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah pihak sekolah telah membuka 3 kelas, 2 kelas tahap 1 dan 1 kelas untuk tahap 2.
Terima kasih di atas sokongan tuan / puan semua. Insya' ALLAH tahun-tahun hadapan banyak lagi program yang akan dilaksanakan.

Wednesday, November 12, 2008

SESI PENYERAHAN KAD KEMAJUAN MURID, IHTIFAL DAN CUTI AKHIR TAHUN

1-PENYERAHAN KAD KEMAJUAN MURID

Tarikh : 13 November 2008 (Khamis)
Masa : 8:30 Pagi - 12:00 Tengah hari

2-IHTIFAL

Tarikh : 15 November 2008 (Sabtu)
Masa : 8:00 Pagi - 1:00 Tengah hari
Tentatif :-
8:00 - 8:30 pagi - Kehadiran Ibu Bapa dan Tetamu
8:30 - 8:45 pagi - Kata aluan Pengerusi Majlis
8:45 - 8:55 pagi - Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an
8:55 - 9:15 pagi - Ucapan Pengelola
9:15 - 9:40 pagi - Ucapan Perasmi
9:45 - 10:15 pagi - Persembahan 1
10:15 - 10:45 pagi - Penyampaian Hadiah
10:45 - 11:15 pagi - Persembahan 2
11:15 - 11:45 pagi - Sambungan Penyampaian Hadiah
12:00 Tghhari - Bacaan Doa Penutup

KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN

3-CUTI AKHIR TAHUN

Bermula 15 November 2008

Friday, November 7, 2008

SMART AL QURAN

Program Cuti Sekolah akan bermula dari 17 Nov 08 hingga 25 Dis 08.
Program :
1} Tahap Satu - Bengkel Pemulihan & Pengukuhan al-Quran
2} Tahap Dua - Pengukuhan & Hafazan al-Quran.
Tempat Program :
Sekolah ILMI, No. 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Masa Belajar :
Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Yuran :
Bayaran dikenakan sebanyak RM150.00 (Seratus Lima Puluh Sahaja). Bayaran dikenakan untuk menampung Mashaf, nota-nota, makanan dan lain-lain.
Cara Daftar:
Sila hubungi Ustaz Hasrizal No. H/set 013 3691156 atau Cg Aishah 016 8161880 untuk keterangan lanjut.
Atau datang terus ke pejabat membuat pendaftaran.
Tenaga Pengajar :
Guru-guru Ilmi yang berpengalaman.

Tuesday, October 7, 2008

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum kepada semua warga ILMI serta semua ibubapa / penjaga....salam Lebaran dari kami warga ILMI kepada semua ibubapa / penjaga yang masih setia memberikan kepercayaan kepada kami dalam memberikan didikan berorientasikan Islam kepada anak-anak tuan/puan. Di bawah ini dimaklumkan beberapa perkara penting yang sedang dan akan berlaku di sekolah ilmi :

CERIATHON



Semua pelajar diminta menyerahkan duit kutipan ceriathon secepat yang dapat, kerana dijangkakan tarikh terakhir penyerahan seminggu sebelum program besar perasmian penutupan sempena 15 tahun ilmi yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2008 ini.
Program ini akan menampilkan persembahan Saudara Suhaimi (Mantan In-team) sebagai tetamu undangan untuk menyampaikan beberapa nasyidnya.

WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan berjalan seperti biasa, bukan lagi waktu bulan Ramadhan. Bermula dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

PEPERIKSAAN
1) SMA
Buat makluman tuan / puan, sekarang ini Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) sedang berlangsung di Dewan Ilmi. Ianya bermula dari Isnin 6/10/08, dan dijangkakan berakhir esok 8/10/08. Semoga Allah berikan kejayaan anak-anak kita.
Rekod terakhir yang buat pertama kalinya dilakukan oleh pelajar kita tahun lepas dengan mendapat MUMTAZ. Mudah mudahan tahun ini kita dapat menaikkan bilangan mumtaz, ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan keputusan yang sedia ada.
2) Peperiksaan yang lain dijangkakan akan bermula dari 20/10 lagi. Sila rujuk surat yang akan dihantar dari masa ke semasa menerusi anak tuan / puan.
Sekadar ini dahulum pemakluman untuk pihak penjaga.

Al Mukhlis
Pengerusi
AJK Penyelarasan SERI/SMA

Thursday, September 4, 2008

CUTI HARI AIDIL FITRI

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa dan warga ILMI
Cuti sekolah sempena HARI RAYA AIDIL FITRI seperti berikut :
Mula 27 September 2008
Akhir 5 Oktober 2008
Sekolah dibuka semula pada 6 Oktober 2008
Harap maklum.
Ust Shukri Harun
Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan SERI/SMA
Merangkap Pengetua SMA

Tuesday, September 2, 2008

MASA PENGAJIAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum kepada semua Ibubapa/Penjaga
Mulanya kami Sekolah-sekolah ILMI mengucapkan Selamat berpuasa "Ramadhan Karim", kepada semua ibubapa dan penjaga serta semua warga ILMI.
Sebagaimana biasa, pihak sekolah ILMI akan memendekkan masa belajar bagi semua SERI dan SMA.
Masa masuk seperti biasa sebelum 7.45 pagi. Masa baliknya ialah 1.20 Tengah hari. Surat pemakluman telah dihantar melalui pelajar minggu lepas lagi.
Juga untuk pengetahuan tuan/puan, masa pejabat juga dipendekkan. Pejabat akan ditutup pada jam 3.00 petang. Sebarang urusan mestilah sebelum 3.00 petang.
Sekian dimaklumkan.
Daripada :
Ust Shukri Harun
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras SERI/SMA 08
Merangkap Pengetua SMA ILMI

Monday, August 25, 2008

IFTHOR PERDANA ILMI 08

Untuk makluman semua warga Ilmi samada guru-guru, kakitangan dan ibubapa tarikh IFTHOR PERDANA ILMI 08 akan di adakan pada 13 September 2008, Hari Sabtu, bermula jam 5.30 petang. Semua dijemput hadir.
PIhak sekolah mengalu alukan sebarang derma kewangan, makanan, kueh mueh dan lain-lain pada hari ifthor tersebut.
Pengetua SMA Ilmi

CERIATHON TAHUN 2008

Assalamualaikum
Baru-baru ini pada 15 Ogos 2008, telah berlangsung pelancaran CERIATHON 2008 di perkarangan sekolah Ilmi. Perlancaran yang dibuat hanya di peringkat sekolah sahaja. Semua kad derma telah diberikan kepada pelajar.
Insya' Allah pada 18 Oktober 2008 akan dilangsungkan upacara penutup dengan majlis jamuan Hari Raya. Majlis penutupan kali ini diadakan sempena 15 tahun penubuhan Sekolah Rendah Islam Ilmi. Banyak aktiviti akan dilangsungkan.
Hadiah-hadiah menarik seperti komputer laptop, Quran digital antara hadiah yang menarik dalam program ini.
Dari : Ustaz Shukri Harun
Pengetua SMA

Tuesday, July 15, 2008

PROGRAM BULAN JULAI & OGOS

SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
Khemah Ibadah di Dengkil dari 26 Julai hingga 27 Julai '08.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
MOTIVASI PEPERIKSAAN
  • Pada 26 Julai hingga 27 Julai '08, di LAMAN BISTARI ULU YAM.
  • Semua pelajar kelas peperiksaan di wajibkan menyertainya.
  • Ini adalah salah satu program yang termasuk dalam "Program Kecemerlangan Peperiksaan".
  • Kepada Ibubapa yang masih belum jelaskan bayaran kecemerlangan, sila berbuat demikian untuk melicinkan program kecemerlangan yang telah bermula dari awal Julai 08 baru-baru ini.
  • Sebarang sumbangan yang ingin diberikan sila berhubung dengan Cg Suhaila.

LAWATAN MUSIM CUTI OGOS'08

  • Pada 8, 9 & 10 Ogos '08
  • Tempat lawatan : Perak Darul Rizduan
  • Peserta ialah pelajar SMA(A) ILMI
  • Pendaftaran sedang dibuka.

Friday, July 4, 2008

PROGRAM TERKINI

Adalah dimaklumkan beberapa program yang akan dilaksanakan:

(1) MULTAQA URUSAN ULAMA KAWASAN AMPANG "Bersama Mengisi Kemenangan"

  • Akan diadakan pada hari Sabtu 5 Julai 08 di Dewan Ustaz Ishak dari jam 8.30 pagi.
  • Akan dirasmikan oleh Adun Lembah Jaya YB ENcik Khasim bin Abd Aziz.
  • Motivasi oleh Ustaz Idris Ahmad.
  • Program ini di bawah anjuran Urusan ulama' Kawasan Ampang.

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (A) ILMI
(1) Program 2 dalam 1 : QIyamullai & Solat Hajat -

  • Akan diadakan di Dewan Ilmi bermula 6.00 petang Hari Jumaat 4 Julai 08 sehingga pagi Sabtu 5 Julai 08
  • Semua ibubapa yang mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan seperti PMR, SMA & SPM dijemput hadir ke Majlis Solat Hajat.
  • Program QIyamullai adalah di bawah anjuran BALKIS untuk pelajar-pelajar sahaja.
  • Solat Hajat ini adalah untuk membuka "GERAK GEMPUR" yang bermula awal Julai 08.
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI (SERI)
(1) Qiyamullai di Ilmi pada 11 hingga 12 Julai 2008
(2) Khemah Ibadah di Dengkil pada 26 hingga 27 Julai 2008.

Sila rujuk kepada pihak yang berkenaan jika perlukan penjelasan.
Sekian terima kasih.
Al Mukhlis Shukri Harun - Pengetua SMA.

Friday, May 16, 2008

HARI GURU

Di kesempatan ini Pihak Pengurusan ILMI, Rendah & Menengah mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru, ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah ILMI. Semoga ALlah membalas jasa antum semua kerana mendidik pelajar menjadi insan bertaqwa.
Pihak sekolah Seri dan Sma akan mengadakan sambutan hari guru pada 23 Mei 2008. Pihak SERI telahpun menghantarkan surat memaklumkan hal ini.
Dari
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras Seri/SMA

CUTI HARI WESAK

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa pada hari Isnin 19 Mei 2008 adalah hari cuti umum kerana Hari Wesak. Sekolah ditutup pada hari tersebut, harap maklum.
Pengetua SMA

Wednesday, April 30, 2008

CUTI HARI PEKERJA

Semua Sekolah ILMI akan bercuti esok bersamaan 1 Mei 08 kerana Hari Pekerja.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Friday, April 25, 2008

MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI

LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Sekolah Rendah Islam ILMI akan mengadakan siri lawatannya ke tempat-tempat berikut :
1} Petro Sains
2} Masjid As Syakirin, KLCC
3} Aquaria - Hidupan Laut
4} Taman KLCC

Guru Yang Menyertai
1} Ustazah Azliza (Pengarah Program)
2} Cg Siti Noor Hidayah bt Abdul Latif (Setiausaha Program)
3} Ustazah Asma bt Ismail (Bendahari)
4} Ust Nasir Abd Razak (Penyelaras Program)
5} Dan lain-lain.

Pada : 26 April 2008
Bermula : 7.45 pagi berkumpul di Dataran ILmi
Jangkaan balik : 6.00 petang.

Wednesday, April 16, 2008

HARI KO KURIKULUM ILMI '08

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa sekolah-sekolah ilmi akan mengadakan HARI KO KURIKULUM pada tarikh dan masa berikut :
HARI : ISNIN & SELASA
TEMPAT : Perkarangan Sekolah ILMI
PERASMI : YB PUAN ZURAIDAH (Ahli Parlimen Ampang)
Hari ko kurikulum ini adalah hari dimana pelajar-pelajar diberikan ruang dan peluang untuk mengasah bakat mereka, samada dalam bidang pidato, nasyid dan lain-lain. Juga di adakan pameran-pameran persatuan dan kelab.
Program-program lain seperti pameran dari jabatan-jabatan seperti Bulan Sabit Merah, JPA3, Polis dan lain-lain juga turut diadakan.
Sesiapa sahaja yang ingin menghulurkan derma, sila berhubung dengan Cikgu Norazira Norani di no. telefon 03 4252 8394 (Pejabat ILMI)
Sekian, dimaklumkan.
Pengetua ILMI.

Tuesday, March 25, 2008

HARI KELUARGA ILMI 08

Assalamualaikum
Sekolah-sekolah ILMI akan mengadakan "HARI KELUARGA ILMI" pada :

Tarikh : 13hb April 2008
Hari : Ahad
Masa : Dari 8.00 pg hingga 2.00 ptg
Tempat : Congkak Resort
Semoga kakitangan ilmi dijemput hadir.

Monday, February 25, 2008

CUTI SEKOLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam untuk semua ibubapa/penjaga, Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :

1) Cuti sekolah akan bermula awal sehari iaitu dari 6 Mac 2008 (Jumaat) sehingga 16 Mac 2008 (Ahad).

2) Masa balik hari terakhir iaitu pada 5 Mac 2008 hari Khamis ialah pada jam 1.00 tengah hari.

3) Sekolah dibuka semula pada 17 Mac 2008 Hari Isnin.

4) Sukan Tahunan ILMI pada 23 Mac 2008 (Hari Ahad), akan berlangsung di Stadium UIAM Gombak bermula dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pengetua SMA ILMI.

Tuesday, February 19, 2008

SUKAN ILMI 08

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa/penjaga pelajar SMA, SERI & KAFA, adalah dimaklumkan bahawa sukan tahun 08 ILMI akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :
HARI : AHAD
TARIKH : 23 MAC 2008
MASA : 8.00 pagi HINGGA 2.00 petang
TEMPAT : STADIUM LELAKI UIAM, GOMBAK.
Asalnya tarikh sukan ialah pada 2/3/08, tetapi disebabkan kesibukkan pilihanraya ke 12, maka tarikh ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh sebagaimana di atas.
Seluruh ibubapa/penjaga dijemput ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan Sukan tahun 08 ini nanti, Insya ALLAH.
Ust Shukri Harun
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelarasan SMA/SERI
Merangkap Pengetua SMA ILMI.

Wednesday, February 6, 2008

CUTI KERANA RAYA CINA

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa/penjaga Murid-murid SRI, SMA & KAFA :
Adalah dimaklumkan bahawa sempena Raya CIna sekolah akan bercuti pada :
Mula : 7 Februari 2008 (Khamis) hingga 11 Februari 2008 (Isnin)
Sekolah akan dibuka semula pada 12 Februari 2008 (Selasa), jadual yang akan digunakan ialah jadual hari Isnin. Surat pemakluman telah dikeluarkan pagi semalam melalui anak-anak tuan/puan.
Harap Maklum.

Ustaz Shukri Harun
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras SRI/SMA 08

Wednesday, January 23, 2008

Kem Motivasi Pertama

Assalamualaikum
Sekolah Menengah Agama (A) ILMI akan mengadakan satu kem motivasi untuk semua pelajar kelas peperiksaan pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh - 2 hingga 3 Februari
Tempat - Bangi
Semua pelajar kelas peperiksaan dimestikan menghadirinya. Kem ini adalah salah satu program KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN.
Penjelasan progam ini akan dibuat melalui surat kepada ibubapa.
Sekian terimakasih.
Wassalam,
Pengetua SMA.

Tuesday, January 15, 2008

PERTEMUAN SMA

السلام عليكم ورحمة الله
Sebagaimana biasa, tradisi ILMI, mengadakan pertemuan yang dipenuhi dengan pembentangan program kecemerlangan peperiksaan untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan sahaja. Keterangannya seperti berikut:
Tarikh - 20 Januari 2008
Masa - 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat - Dewan Ilmi
Kehadiran - Semua ibubapa/penjaga kelas peperiksaan PMR, SMA & SPM
Perkara - Perbincangan bujet Peperiksaan tahun 2008.
Semua ibubapa/penjaga yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SMA dan SPM dijemput hadir ke majlis pertemuan ini. Di dalam majlis ini pihak ILMI akan membentangkan seluruh program kecemerlangan sepanjang tahun 2008. Juga yang paling penting ialah bujet peperiksaan untuk tahun 2008 yang perlu diketahui oleh setiap ibubapa dan penjaga.
Sekian untuk makluman.
Pengetua SMA.

Friday, January 4, 2008

SELAMAT BERSEKOLAH KEMBALI

Salam persekolahan kepada semua pelajar SMA dan murid SRI, juga kepada semua ibubapa dan penjaga yang masih setia serta yang terus memberi kepercayaan kepada kami membentuk anak-anak mereka.
Semoga kepercayaan yang utuh itu menjadi sumber inspirasi kami untuk terus berusaha bersungguh-sungguh membentuk, membina serta mendidik pelajar-pelajar menjadi insan yang cemerlang Akhirat dan cemerlang dunia.
Sekian sahaja dari meja pengetua SMA.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI