Wednesday, January 23, 2008

Kem Motivasi Pertama

Assalamualaikum
Sekolah Menengah Agama (A) ILMI akan mengadakan satu kem motivasi untuk semua pelajar kelas peperiksaan pada masa dan tarikh berikut:
Tarikh - 2 hingga 3 Februari
Tempat - Bangi
Semua pelajar kelas peperiksaan dimestikan menghadirinya. Kem ini adalah salah satu program KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN.
Penjelasan progam ini akan dibuat melalui surat kepada ibubapa.
Sekian terimakasih.
Wassalam,
Pengetua SMA.

Tuesday, January 15, 2008

PERTEMUAN SMA

السلام عليكم ورحمة الله
Sebagaimana biasa, tradisi ILMI, mengadakan pertemuan yang dipenuhi dengan pembentangan program kecemerlangan peperiksaan untuk pelajar-pelajar kelas peperiksaan sahaja. Keterangannya seperti berikut:
Tarikh - 20 Januari 2008
Masa - 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat - Dewan Ilmi
Kehadiran - Semua ibubapa/penjaga kelas peperiksaan PMR, SMA & SPM
Perkara - Perbincangan bujet Peperiksaan tahun 2008.
Semua ibubapa/penjaga yang mempunyai anak yang akan menghadapi peperiksaan PMR, SMA dan SPM dijemput hadir ke majlis pertemuan ini. Di dalam majlis ini pihak ILMI akan membentangkan seluruh program kecemerlangan sepanjang tahun 2008. Juga yang paling penting ialah bujet peperiksaan untuk tahun 2008 yang perlu diketahui oleh setiap ibubapa dan penjaga.
Sekian untuk makluman.
Pengetua SMA.

Friday, January 4, 2008

SELAMAT BERSEKOLAH KEMBALI

Salam persekolahan kepada semua pelajar SMA dan murid SRI, juga kepada semua ibubapa dan penjaga yang masih setia serta yang terus memberi kepercayaan kepada kami membentuk anak-anak mereka.
Semoga kepercayaan yang utuh itu menjadi sumber inspirasi kami untuk terus berusaha bersungguh-sungguh membentuk, membina serta mendidik pelajar-pelajar menjadi insan yang cemerlang Akhirat dan cemerlang dunia.
Sekian sahaja dari meja pengetua SMA.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI