Monday, February 25, 2008

CUTI SEKOLAH

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Salam untuk semua ibubapa/penjaga, Sila ambil perhatian kepada perkara-perkara berikut :

1) Cuti sekolah akan bermula awal sehari iaitu dari 6 Mac 2008 (Jumaat) sehingga 16 Mac 2008 (Ahad).

2) Masa balik hari terakhir iaitu pada 5 Mac 2008 hari Khamis ialah pada jam 1.00 tengah hari.

3) Sekolah dibuka semula pada 17 Mac 2008 Hari Isnin.

4) Sukan Tahunan ILMI pada 23 Mac 2008 (Hari Ahad), akan berlangsung di Stadium UIAM Gombak bermula dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Pengetua SMA ILMI.

Tuesday, February 19, 2008

SUKAN ILMI 08

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa/penjaga pelajar SMA, SERI & KAFA, adalah dimaklumkan bahawa sukan tahun 08 ILMI akan diadakan pada tarikh dan masa berikut :
HARI : AHAD
TARIKH : 23 MAC 2008
MASA : 8.00 pagi HINGGA 2.00 petang
TEMPAT : STADIUM LELAKI UIAM, GOMBAK.
Asalnya tarikh sukan ialah pada 2/3/08, tetapi disebabkan kesibukkan pilihanraya ke 12, maka tarikh ini terpaksa ditangguhkan ke tarikh sebagaimana di atas.
Seluruh ibubapa/penjaga dijemput ke majlis ini. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan menyerikan Sukan tahun 08 ini nanti, Insya ALLAH.
Ust Shukri Harun
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelarasan SMA/SERI
Merangkap Pengetua SMA ILMI.

Wednesday, February 6, 2008

CUTI KERANA RAYA CINA

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa/penjaga Murid-murid SRI, SMA & KAFA :
Adalah dimaklumkan bahawa sempena Raya CIna sekolah akan bercuti pada :
Mula : 7 Februari 2008 (Khamis) hingga 11 Februari 2008 (Isnin)
Sekolah akan dibuka semula pada 12 Februari 2008 (Selasa), jadual yang akan digunakan ialah jadual hari Isnin. Surat pemakluman telah dikeluarkan pagi semalam melalui anak-anak tuan/puan.
Harap Maklum.

Ustaz Shukri Harun
Pengerusi
Jawatankuasa Penyelaras SRI/SMA 08

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI