Thursday, September 4, 2008

CUTI HARI AIDIL FITRI

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa dan warga ILMI
Cuti sekolah sempena HARI RAYA AIDIL FITRI seperti berikut :
Mula 27 September 2008
Akhir 5 Oktober 2008
Sekolah dibuka semula pada 6 Oktober 2008
Harap maklum.
Ust Shukri Harun
Pengerusi Jawatankuasa Penyelarasan SERI/SMA
Merangkap Pengetua SMA

Tuesday, September 2, 2008

MASA PENGAJIAN BULAN RAMADHAN

Assalamualaikum kepada semua Ibubapa/Penjaga
Mulanya kami Sekolah-sekolah ILMI mengucapkan Selamat berpuasa "Ramadhan Karim", kepada semua ibubapa dan penjaga serta semua warga ILMI.
Sebagaimana biasa, pihak sekolah ILMI akan memendekkan masa belajar bagi semua SERI dan SMA.
Masa masuk seperti biasa sebelum 7.45 pagi. Masa baliknya ialah 1.20 Tengah hari. Surat pemakluman telah dihantar melalui pelajar minggu lepas lagi.
Juga untuk pengetahuan tuan/puan, masa pejabat juga dipendekkan. Pejabat akan ditutup pada jam 3.00 petang. Sebarang urusan mestilah sebelum 3.00 petang.
Sekian dimaklumkan.
Daripada :
Ust Shukri Harun
Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras SERI/SMA 08
Merangkap Pengetua SMA ILMI

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI