Tuesday, October 7, 2008

MAKLUMAN TERKINI

Assalamualaikum kepada semua warga ILMI serta semua ibubapa / penjaga....salam Lebaran dari kami warga ILMI kepada semua ibubapa / penjaga yang masih setia memberikan kepercayaan kepada kami dalam memberikan didikan berorientasikan Islam kepada anak-anak tuan/puan. Di bawah ini dimaklumkan beberapa perkara penting yang sedang dan akan berlaku di sekolah ilmi :

CERIATHON



Semua pelajar diminta menyerahkan duit kutipan ceriathon secepat yang dapat, kerana dijangkakan tarikh terakhir penyerahan seminggu sebelum program besar perasmian penutupan sempena 15 tahun ilmi yang akan berlangsung pada 18 Oktober 2008 ini.
Program ini akan menampilkan persembahan Saudara Suhaimi (Mantan In-team) sebagai tetamu undangan untuk menyampaikan beberapa nasyidnya.

WAKTU PERSEKOLAHAN
Waktu persekolahan berjalan seperti biasa, bukan lagi waktu bulan Ramadhan. Bermula dari 8.00 pagi hingga 3.00 petang.

PEPERIKSAAN
1) SMA
Buat makluman tuan / puan, sekarang ini Peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA) sedang berlangsung di Dewan Ilmi. Ianya bermula dari Isnin 6/10/08, dan dijangkakan berakhir esok 8/10/08. Semoga Allah berikan kejayaan anak-anak kita.
Rekod terakhir yang buat pertama kalinya dilakukan oleh pelajar kita tahun lepas dengan mendapat MUMTAZ. Mudah mudahan tahun ini kita dapat menaikkan bilangan mumtaz, ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan keputusan yang sedia ada.
2) Peperiksaan yang lain dijangkakan akan bermula dari 20/10 lagi. Sila rujuk surat yang akan dihantar dari masa ke semasa menerusi anak tuan / puan.
Sekadar ini dahulum pemakluman untuk pihak penjaga.

Al Mukhlis
Pengerusi
AJK Penyelarasan SERI/SMA

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI