Monday, November 24, 2008

MAKLUMAT PENTING

Assalamualaikum
3 tarikh penting dinyatakan untuk perhatian para ibubapa dan guru, iaitu :
(1) 22 Disember 2008 - Semua guru sma dan seri diminta melapor diri.
(2) 25 hingga 27 Disember - Pendaftaran SRI & SMA, untuk pelajar baru dan lama. Masa pendaftaran bermula dari 9 pagi hingga 12.30 tengah hari.
(3) 29 - 31 Dis 08 - Latihan Guru
(4) 5 Januari 2009 - Sekolah mula dibuka.

SMART AL QURAN

Alhamdulillah, buat setakat ini program cuti sekolah "smart al-quran" mendapat sambutan yang amat memberangsang. Jumlah pelajar semuanya 58 orang. Bagi menampung bilangan pelajar yang bertambah pihak sekolah telah membuka 3 kelas, 2 kelas tahap 1 dan 1 kelas untuk tahap 2.
Terima kasih di atas sokongan tuan / puan semua. Insya' ALLAH tahun-tahun hadapan banyak lagi program yang akan dilaksanakan.

Wednesday, November 12, 2008

SESI PENYERAHAN KAD KEMAJUAN MURID, IHTIFAL DAN CUTI AKHIR TAHUN

1-PENYERAHAN KAD KEMAJUAN MURID

Tarikh : 13 November 2008 (Khamis)
Masa : 8:30 Pagi - 12:00 Tengah hari

2-IHTIFAL

Tarikh : 15 November 2008 (Sabtu)
Masa : 8:00 Pagi - 1:00 Tengah hari
Tentatif :-
8:00 - 8:30 pagi - Kehadiran Ibu Bapa dan Tetamu
8:30 - 8:45 pagi - Kata aluan Pengerusi Majlis
8:45 - 8:55 pagi - Bacaan Ayat-ayat Suci Al-Qur'an
8:55 - 9:15 pagi - Ucapan Pengelola
9:15 - 9:40 pagi - Ucapan Perasmi
9:45 - 10:15 pagi - Persembahan 1
10:15 - 10:45 pagi - Penyampaian Hadiah
10:45 - 11:15 pagi - Persembahan 2
11:15 - 11:45 pagi - Sambungan Penyampaian Hadiah
12:00 Tghhari - Bacaan Doa Penutup

KEHADIRAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN AMAT KAMI ALU-ALUKAN

3-CUTI AKHIR TAHUN

Bermula 15 November 2008

Friday, November 7, 2008

SMART AL QURAN

Program Cuti Sekolah akan bermula dari 17 Nov 08 hingga 25 Dis 08.
Program :
1} Tahap Satu - Bengkel Pemulihan & Pengukuhan al-Quran
2} Tahap Dua - Pengukuhan & Hafazan al-Quran.
Tempat Program :
Sekolah ILMI, No. 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, Ampang, Selangor.
Masa Belajar :
Dari jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Yuran :
Bayaran dikenakan sebanyak RM150.00 (Seratus Lima Puluh Sahaja). Bayaran dikenakan untuk menampung Mashaf, nota-nota, makanan dan lain-lain.
Cara Daftar:
Sila hubungi Ustaz Hasrizal No. H/set 013 3691156 atau Cg Aishah 016 8161880 untuk keterangan lanjut.
Atau datang terus ke pejabat membuat pendaftaran.
Tenaga Pengajar :
Guru-guru Ilmi yang berpengalaman.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI