
Assalamualaikum
Kepada semua pihak terutama ibubapa / penjaga pelajar-pelajar Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama (A) Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, tarikh pendaftaran dan tempohnya seperti berikut :
Tarikh : Dari 25 Disember 2008 hingga 28 Disember 2008.
Masa : Dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tempat Pendaftaran : SERI & KAFA di Surau Ilmi, manakala SMA di Pusat Sumber Sekolah di tingkat satu (atas kantin).
Pelajar-pelajar baru mendaftar perlu mengisi borang pelajar terlebih dahulu di pejabat sekolah. Begitu juga dengan pelajar-pelajar lama yang mempunyai Tunggakan Yuran, sila jelaskannya terlebih dahulu.
Sekian terima kasih.
Abu Nu'man Adib