Monday, December 14, 2009

Makluman Semasa

Assalamualaikum
Pendaftaran untuk pelajar-pelajar Ilmi, lama dan baru ialah dari 25/12/09 hingga 27/12/09, Dari jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Untuk makluman juga, pejabat sekolah dibuka setiap hari bekerja dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
JazakumuLLAH.

Wednesday, November 18, 2009

Pendaftaran Pelajar Baru

Assalamualaikum
Kepada semua yang berminat untuk mendaftar anaknya di Sekolah rendah atau menengah Ilmi, dipersilakan datang ke pejabat untuk mendaftar, sila kemukakan perkara-perkara berikut:
1) Borang pendaftaran yang siap diisi.
2) 2 keping gambar berukuran passport.
3) Sesalinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah terakhir.
4) Duit pendaftaran Seri RM100.00, Sma RM150.00
Semoga Allah memberi keberkatan kepada sekolah-sekolah yang mengajar ilmu Islam, amin.
Sekian dimaklumkan.
Pengetua Ilmi.

Tuesday, November 10, 2009

HARI PENYERAHAN REPORT CARD & IHTIFAL 09

ASSALAMUALAIKUM
Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak di semua sekolah Ilmi sepeti Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, sila ambil perhatian kepada dua (2) program berikut:
MAJLIS PERTAMA :
HARI PELAPORAN / PENYERAHAN REPORT CARD TERAKHIR UNTUK TAHUN 2009
Akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
Tarikh : 20 November 2009 (Hari terakhir persekolahan)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12 tengah hari.
Tempat : 1) SERI & KAFA di Surau Ilmi
2) SMA di Perpustakaan Ilmi.
MAJLIS KEDUA - IHTIFAL SERI
Tarikh : 21 November 2009 (Hari mula cuti akhir tahun)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dataran Ilmi
Majlis ini diadakan agak lewat kerana menunggu keluar keputusan UPSR & PSRA darjah enam.
Semua yang terlibat dijemput hadir. Semoga Allah merahmati sekolah kita Insya Allah.
"MEMBENTUK GENERASI RABBANI"
"BERSAMA MERINTIS KEJAYAAN"
Dari : Peengetua Ilmi

Thursday, October 15, 2009

JAMUAN HARI RAYA & PENUTUPAN CERIATHON

Assalamualaikum
Agak lama juga tidak up date blog ilmi ini. Mohon maaf banyak-banyak kepada teman-teman, ibubapa yang selalu mengikuti perkembangan Ilmi melalui blog ini. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan-urusan masjid.
Untuk makluman semua terutama ibubapa kepada pelajar-pelajar sma, seri dan kafa Ilmi akan mengadakan 2 program serentak, iaitu :
(a) JAMUAN HARI RAYA ILMI
(B) PENUTUPAN CERIATHON 2009
Butiran program ini sebagaimana berikut :
(a) Tarikh : 17 Oktober 2009
(b) Hari : Sabtu
(c) Masa : dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari.
(d) Tempat : Dataran Ilmi
Majlis ini akan dihadiri oleh YB Khasim bin Abdul Aziz sebagai tokoh perasmi penutupan ceriathon 09. Juga akan diadakan sedikit persembahan oleh pelajar-pelajar Ilmi sebagai memeriahkan lagi program hari itu.
Hadiah-hadiah pemenang yang berjaya mengumpulkan sumbangan akan disampaikan dalam program ini.
Sekitar RM35,000.00 lebih kurang telah berjaya dikumpulkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru Ilmi, Alhamdulillah.
Semua pihak yang ada kaitan dengan Ilmi terutama ibubapa, pelajar-pelajar Ilmi, ALP di jemput ke jamuan tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan-puan akan memeriahkan lagi majlis sambutan edul fitr ini. Sebarang sumbangan kewangan atau makanan amat di alu-alukan, dan diucapkan jazakumullah khairan jaza'.
Sekian sahaja dari al faqir ialLLAh Shukri harun.

Saturday, September 12, 2009

CERIATHON 2009

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa Ilmi sedang melancarkan derma bulan Ramadhan, tujuan utama dan asas ialah untuk mendapatkan dana untuk menyelesaikan bayaran pembelian bangunan Surau Ilmi. Jumlah ialah RM340,000.00. Semoga tuan/puan bermurah hati untuk menderma.

PEPERIKSAAN PSRA

Assalamualaikum
PSRA akan bermula dari 14/9/09 hingga 17/9/09. 14 & 17 peperiksaan berakahir jam 6 petang, manakala 15 & 16 peperiksaan berakhir pada jam 4.30 petang. Peperiksanan ini melibatkan 98 orang pelajar.
SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEJAYAAN KEPADA SEMUA PELAJAR KITA.

CUTI RAYA

Assalamualaikum
Insya Allah semua sekolah Ilmi akan mula bercuti pada hari Jumaat 18/9/09 hinggalah pada tarikh 27/9/09 hari Ahad. Sekolah dibuka semula pada 28/9/09 hari Khamis. Semua cuti yang ini telah diganti sejak awal tahun lagi.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, JANGAN MEMANDU KETIKA MENGANTUK.

Monday, August 24, 2009

IFTHOR JAMA'E ILMI 09

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa ILMI akan mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA sebagaiamana dilakukan setiap tahun. Ketentuan wakatu dan masa adalah seperti berikut :
HARI - SABTU
TARIKH - 5 SEPTEMBER 2009
TEMPAT - DATARAN ILMI
Aturcara majlis agar berbeza sedikit jika dibandingkan dengan tahun-tahun lepas, sebagaimana berikut :
6.00 petang - Kedatangan semua tetamu.
6.30 petang - Tazkirah rengkas
7.10 malam - Majlis Tahlil
7.20 Petang - Doa
7.25 malam - Majlis berbuka
7.45 malam - Solat maghrib.
Semua ibubapa yang ingin memberikan sumbangan samada untuk jamuan atau tahlil, sila kemukakan sumbangan tersebut kepada kerani pejabat. Borang sumbangan akan diagihkan apabila sekolah dibuka nanti.
Sekian dimaklumkam.
Dari - Pengetua ILMI

Thursday, August 6, 2009

Jasamu Dikenang.......

Assalamualaikum
Agak lama tidak menulis di blog ini. Mohon maaf kerana kebelakangan ini terlalu sibuk.
Untuk makluman semua ibubapa, 2 orang penting Kumpulan Ilmi telah berpindah tempat kerja. Pertama ialah Guru Besar Sek Rendah Islam Ilmi iaitu us Ibrahim Yusoff yang sekarang menjadi pengurus di sebuah Travel Agent yang beribupejabat di bandar baru Ampang, beliau telah berkhidmat di SERI melebihi 10 tahun.. Kedua ialah Pakcik Idris Awang, pekerja am yang telah berkhidmat di Ilmi selamat 14 tahun, beliau sekarang bekerja sendiri di Puchong. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kedua-dua staff Ilmi ini.
Pihak Kumpulan Ilmi telah mengadakan majlis perpisahan pada 1 Ogos, 2009, jam 9.00 di Dewan Us Isha, majlis itu dihadiri oleh guru seri dan sma, ahli lembaga pengarah dan lembaga pengelola. Pengerusi ALP iaitu Tn Haji Mat Jusoh Dolah dan Pengerusi Lembaga Pengelola Us Daud Mamat, turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut.
Penganti Us Ibrahim tidak dilantik lagi untuk tahun ini, semua kerja-kerja beliau dipangku oleh Pengetua SMA. Kita berharap agar Us Him dan Pakcik deris sentiasa berada dalam perlindungan Allah Insya ALLAH.

Tuesday, July 14, 2009

Program Terkini Julai

SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
17 & 18 Julai 09
Qiyamullai pelajar darjah 5 & 6. Bermula dari 6.00 petang hingga 8.00 pagi. Semua pelajar dimestikan hadir.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
Motivasi peperiksaan di Janda Baik, dari 3.00 ptg 17/7/09 hingga 5 ptg 18/7/09, semua pelajar peperiksaan PMR, SMA & SPM dimestikan hadir.
Perhatian : Kepada semua ibubapa yang masih belum menjelaskan bayaran kecemerlangan peperiksaan, sila berbuat demikian, segala kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan berbanyak terima kasih.

Wednesday, June 24, 2009

Takwim Julai 09

JUN 09
24/Rabu - Solat Hajat (Kelas Peperiksaan sahaja) - semua ibubap & pelajar dijemput.
26/Jumaat - Hari Report Card
27/Sabtu - Ko kurikulum & Usrah Guru

JULAI 09
1/Rabu - Gerak Gempur Kelas Peperiksaan bermula
7 & 8/Selasa & Rabu - Karnival ko kurikulum
11/Sabtu - Ko Kurikulum & Usrah Guru (Taklimat Takaful)
14/Selasa - Mesyuarat guru ke 8
18 & 19/Sabtu & Ahad - Kem Motivasi 2
24/Jumaat - sambutan isra' & Mi'raj
25/Sabtu - Ko kurikulum & Usrah Guru
26/Ahad - Solat Hajat 3
(Berdasarkan perubahan semasa - akan dimaklumkan kemudian)

Tuesday, May 26, 2009

GOTONG ROYONG

Assalamualaikum
Satu program gotong royong akan diadakan pada hari Jumaat ini, juga hari akhir sekolah. Pelajar-pelajar dikehendaki memakai baju sukan berkasut sekolah. Harapan kepada ibubapa supaya dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir ke sekolah pada hari tersebut.

LAWATAN 2

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ibubapa pelajar SMA, pihak sekolah menengah akan manganjurkan lawatan 2 ke Kelantan dan Pahang. Bermula dari dari 28 Mei 09 sehingga 31 Mei 09. Banyak tempat-tempat menarik akan dilawati. Pengarah program ialah Us Nasruddin Alias.

Wednesday, May 20, 2009

Jadual Periksa Sek Rendah Islam Ilmi

TAHUN SATU - SERI
9.00-10.00 10.00-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30
ISNIN
18/ 05/ 09 B Melayu PEMAHAMAN B Melayu PENULISAN
SELASA B. INGGERIS EJAAN B.M
19/ 05/ 09
RABU B. ARAB IIMLA'
20/ 05/ 09
KHAMIS FEQAH AKHLAK
21/ 05/ 09
JUMAAT TAUHID EJAAN JAWI
24/ 05/ 09
ISNIN SAINS SPELLING
25/ 05/ 09
SELASA MATEMATIK P. SENI
26/ 05/ 09
RABU JAWI SIRAH
27/ 05/ 09

MASA/ HARI 9.00-10.00 10.00-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30
ISNIN B. MELAYU 1 R E H A T B. MELAYU
18/ 05/ 09 PEMAHAMAN PENULISAN
SELASA B. INGGERIS EJAAN B.M
19/ 05/ 09
RABU B. ARAB IIMLA'
20/ 05/ 09
KHAMIS SAINS AKHLAK
21/ 05/ 09
JUMAAT TAUHID SPELLING
24/ 05/ 09
ISNIN FEQAH EJAAN JAWI
25/ 05/ 09
SELASA MATEMATIK P. SENI
26/ 05/ 09
RABU JAWI SIRAH
27/ 05/ 09

Tuesday, May 19, 2009

KELAS TAMBAHAN CUTI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH

Masa 1 - 9.00 pg - 10.30 pg
Masa 2 - 11.00 pg - 12.30 pg
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Melayu / Masa 2 : Matematik
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : Sejarah / Masa 2 : Sejarah
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : KHB / Masa 2 : Bahasa Inggeris
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Arab Komunikasi / Masa 2 : Geografi
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 : Pendidikan Agama Islam / Masa 2 : Geografi

SIJIL MENENGAH AGAMA
Masa 1 - 8.30pg - 10.00pg
Masa 2 - 10.30pg - 12.00 t/hari
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 : Tauhid / Masa 2 : Fiqh
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : Nahu / Masa 2 : Soraf
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : Mutalaah / Masa 2 : Insya'
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 : Insya' / Masa 2 : Mutalaah
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 : Tafsir / Masa 2 : Hadis

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Masa 1 - 9.00 pg - 10.30 pg
Masa 2 - 11.00 pg - 12.30 pg
Masa 3 - 2.00 t/hari - 3.30 ptg
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 & 2 : Prinsip Akaun / Masa 3 : Perdagangan
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : PQS / Masa 2 : Bahasa Inggeris / Masa 3 : PSI
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Arab Tinggi / Masa 2 & 3 : Sejarah
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 & 2 Science / Masa 3 Bahasa Melayu
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 & 2 Matematik

Nama Guru 1 Umar

Salam
Nama guru 1 Umar ialah : Norazliza Derased
Untuk makluman guru ini sedang bercuti kerana masalah kandungannya. Semoga Allah berikan kesihatan kepada beliau untuk membolehkan beliau kembali mengajar.
Terima kasih di atas ucapan hari guru. Wasallam.

JADUAL KELAS TAMBAHAN MASA CUTI

Di bawah ini disenaraikan masa dan tarikh serta waktu kelas tambahan akan diadakan semasa cuti sekolah antara semester ini :
PMR
HARI TARIKH MASA
9 pg - 10.30 pg 11 pg - 12.30 pg
ISNIN 8-Jun B Melayu Matematik
SELASA 9-Jun Sejarah Sejarah
RABU 10-Jun KHB B Inggeris
KHAMIS 11-Jun B Arab Komunikasi Science
JUMAAT 12-Jun Pend Agama islam Geografi

SMA
HARI TARIKH MASA
8.30 pg - 10.00 pg 10.30 pg - 12.00 pg
ISNIN 8-Jun Tauhid Fiqh
SELASA 9-Jun Nahu Soraf
RABU 10-Jun Mutalaah Insya'
KHAMIS 11-Jun Insya' Mutalaah
JUMAAT 12-Jun Tafsir Hadis

SPM
HARI TARIKH MASA
9 pg - 10.30 pg 11 pg - 12.30 pg 2.00 - 3.30 ptg
ISNIN 8-Jun P Akaun P Akaun Perdagangan
SELASA 9-Jun PQS B Inggeris PSI
RABU 10-Jun BAT Sejarah Sejarah
KHAMIS 11-Jun Science Science B Melayu
JUMAAT 12-Jun Matematik Matematik -

Friday, May 15, 2009

HARI KELUARGA ILMI

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat rakan-rakan
Satu program silaturrahim untuk semua kakitangan Ilmi akan di adakan bermula Jumaat (15 Mei 2009) hingga tengah hari Sabtu (16 Mei 2009). Pendaftarannya bermula 6 petang 15 mei 2009 di tapak kem Ar Raudhah, Jalan lama Bentong atau di belakang UIA Gombak. Di jangkakan semua Ahli Lembaga pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola Ilmi akan menghadirinya. Jemputan Khas ialah YB Khasim bin Abdul Aziz. Majlis untuk malam ini ialah Kuliah Maghrib oleh Pakar Motivasi terkenal iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Semua kakitangan Ilmi diminta untuk menghadiri program ini, yang khusus diadakan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara kita.

Tuesday, May 5, 2009

AKTIVITI BULAN MEI 09

SMA
1/5 - Cuti Hari Pekerja
7/5 - Mesyuarat Guru kali ke 6
10/5 - Ihtifal 09 & Mesyuarat Agung PIBG SMA
15/5 - Sambutan Hari Guru Peringkat SMA
16 - 17/5 - Hari Keluarga ILMI (Semua Staff terlibat)
18 - 28/5 - Mid Exam
28 - 31/5 - Lawatan 2 Ilmi
29 - 14/5 - Cuti Tengah Tahun / Kelas Tambahan

PROGRAM SERI AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN

LAWATAN KE 2 SMA

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar SMA, pihak sekolah akan mengadakan Lawatan 2 ke kota Bharu dan Pahang. Lawatan ini dijadualkan dilakukan pada 28 - 31 Mei 2009. Masa Berlepas dijangkakan petang Khamis (28/5/09). Yuran setiap peserta antara RM120.00 hingga RM150.00.
Kepada mana-mana ibubapa yang ingin memberi sumbangan sempena Lawatan 2 SMA ini, amat dialu-alukan, begitu juga dengan sumbangan berbentuk makanan dan minumu juga dialu-alukan. Segala keprihatinan tuan puan dalam kelancaran program sekolah amatlah di sanjung tinggi.
Sekian sahaja - Pengetua.

Monday, May 4, 2009

IHTIFAL SMA 09 & HARI KELUARGA ILMI

Salam untuk semua ibubapa dan penjaga yang selalu mengikuti perkembangan sekolah melalui blog ilmi ini. Antara prgoram terbesar bulan Mei ialah seperti berikut :
IHTIFAL SMA 09:Akan berlaku pada 10 Mei 2009 hari Ahad, bermula dari jam 8.00 pagi, aturcara bermula dengan mesyuarah Agung PIBG terlebih dahulu dari 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Tokoh Perasmi Ihtifal ialah YB Tuan Khassim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya.
Juga Motivasi ibubapa akan diberikan oleh al-Fahdil a-Ustaz Dr Hasrizal Abdul Jamil, Pakar motivasi yang tidak asing lagi.
HARI KELUARGA ILMI 09:Akan diadakan di Ar-Raudhah, belakang UIAM. Dari 15/5 (Lepas Jumaat) hingga Zohor 16/5. Peserta ialah semua guru Ilmi, semua staf, semua alp dan semua Lembaga Pengelola Ilmi bersama keluarga masing-masing.
Dijangkakan Dr Hasrizal akan berikan motivasinya Insya ALLAH.
Pihak sekolah juga mengalu alukan sesiapa sahaja yang sudi menderma untuk tujuan program-program diatas, banyak juga perbelanjaannya. Semoga sumbangan tuan/puan akan diberi ganjaran besar oleh Allah.
Sekian terima kasih.
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KO KURIKULUM
Oleh kerana Ihtifal pada 10 Mei, maka pihak SMA membatalkan Ko Kurikulum yang sepatutnya diadakan pada 9 Mei 09.

Monday, April 27, 2009

IHTIFAL 2009



Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi akan mengadakan IHTIFAL (Majlis Anugerah Kecemerlangan 2008) & Mesyuarat Agung PIBG pada tarikh dan masa berikut:
Hari Ahad
Tarikh 10 Mei 2009
Masa Dari 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat Dataran ILMI
Pelajar-pelajar yang terlibat akan dihubungai melalui surat rasmi tidak berapa lama lagi.
Ceramah Motivasi dari Pakar Motivasi terkenal Ust Hasrizal Abdul Jamil (Saiful Islam - Kolomnis Majalah ANIS, Blogger yang aktif melalui web sitnye SAIFUL ISLAM)
Dirasmikan oleh YB Tuan Khassim Abdul Aziz (Adun Lembah Jaya)

Tuesday, March 31, 2009

Aktiviti Bulan April 2009

Di bawah dinyatakan aktiviti Sek men Agama (Arab) Ilmi sepanjang bulan April 2009 untuk rujukan ibubapa dan penjaga :
1. 08 April 09 - Meeting Guru ke 5
2. 11 April 09 - Ko Kurikulum - Pelajar diwajibkan hadir.
3. 19 April 09 - SUKAN ILMI di Pusat Pusat Kg Pandan.
4. 25 April 09 - Ko Kurikulum & Usrah Guru
Sekian terima kasih.

Thursday, March 26, 2009

MOTIVASI PELAJAR

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa / penjaga, Pelajar-pelajar SERI & SMA akan mengadakan satu program motivasi untuk kelas peperiksaan di Hulu Langat. Tarikhnya SERI 27 - 28 Mac manakala SMA dari 28 - 29 Mac. Perinciannya akan diberitahu kelak Insya' ALLAH.

Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2008

Assalamualaikum
Jumlah calon 17 orang.
9A - 2 orang
6A - Seorang
5a - Seorang
4A - 4 orang
2A - 4 orang
1A - 2 orang
Subjek 100% lulus

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Perdagangan & Pend Quran Sunnah
Subjek lain

Matematik 94.1, B Arab Tinggi 94.1, Prinsip Akaun 88.2 & Peng Syariah Islamiah 94.1.
Ucapann tahniah kepada semua pelajar yang berjaya serta kepada semua ibubapa dan penjaganya.
Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik pelajar.
Tahun depan kita naikkan lagi keputusan cemerlang ini.

Wednesday, March 4, 2009

PENANGGUHAN KO KURIKULUM

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti ko kurikulum untuk Sek Men Agama (A) Ilmi, yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, bersamaan 7 Mac 09 ditangguhnkan, ini adalah kerana pelajar-pelajar terlibat dengan Program Lawatan 1 & Maulidurrasul pada Hari Isnin, kedua-dua program ini telahpun dikira sebagai sebahagian dari aktiviti ko kurikulum.

LAWATAN 1




Assalamualaikum

Pada 8 Mac 2009, Sekolah Men. Agama (A) ILMI akan mengadakan satu Lawatan ke Sabak Bernam dari 8.00 pagi hingga 12.30 malam (tiba di sekolah), antara programnya ialah:

1. Majlis walimah Cikgu Siti Jannah Dimyati.

2. Melawat Kilang Kerepek.

3. Aktiviti di Dorani homestay (Mencanting batik, proses beras & menangkap belut di sawah)
Seandainya ada ibubapa ingin menghulurkan derma untuk program ini, kami amat alu-alukan.

MAULIDURRASUL 2009





Assalamualaikum
Di bawah ini dimaklumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan Sambutan Maulidurrrasul tahun 2009 / 1430Hijriah :
TARIKHNYA IALAH : 9 MAC 09 HARI ISNIN DARI 7.30 PAGI
(1) Sambutan bersama dengan Masjid Bukit Indah sebagaimana budaya tahun-tahun lepas.
a. Bermula dari jam 7.30 pagi, Perarakan dan Ceramah Oleh Dato' Ismail Kamus.
b. Pelajar2 yang terlibat bertugas ialah Tingkat 4 & 5, manakala pelajar SERI yang terlibat
ialah tahun 3, 4, 5 & 6
(2) Pada 9/3 iaitu hari sambutan itu adalah merupakan cuti umum.
(3) Surat pemakluman telah dihantar mula hari ini Insya' ALLAH.
(4) Semua ibubapa dan pelajar yang tidak terlibat secara langsung juga dijemput untuk menyertai perarakkan, sila ke masuk dalam kumpulan sekolah ILMI, cara pengenalan melalui sepanduk sekolah.
Semoga ALLAh merahmati kita yang sentiasa mengingat Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wasallam.

Saturday, February 28, 2009

SUKAN SMA(A) ILMI

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ibubapa / penjaga, hari ini {28 Feb 09} Sekolah Men Agama (arab) Ilmi melangsungkan program sukan peringkat SMA, bermula jam 8.30 di Pusat Sukan Pandah. Dijangkakan program ini akan berlangsung sehingga jam 2.30 petang.

Tuesday, February 24, 2009

TAKWIM MAC 2009

SEK. MEN. AGAMA (A) ILMI
1. 5 Mac - Mesyuarat Guru kali ke 4
2. 9 Mac - Cuti Maulidurrasul
3. 12 Mac - Latihan Sukan 2
4. 23 - 27 Mac - Setara
5. 28 - 29 Mac - Kem Motivasi (ditukarkan krn masalah tempahan tempat)
SEK REN ISLAM ILMI
1. 3 Mac - Mesyuarat Guru
2. 6 - 13 Mac - UPPP 1
3. 13 - 22 Mac - Cuti Pertengahan Penggal
- Kelas tambahan
4. 27 - 29 Mac - Kem Motivasi Darjah 6
SMA & SERI
1. 7 Mac - Ko Kurikulum & Usrah Guru - Seri & Sma.
2. 9 Mac - Cuti Sempena Hari Lahir Rasulullah sollahu 'alaihi wasallam.

PERHATIAN / PENTING
SUKAN ILMI YANG SEPATUTNYA DIADAKAN 5 APRIL 09 DIPINDA KE TARIKH 19 APRIL 09. PINDAAN DIBUAT KERANA MASALAH TEMPAT. JANGKAAN TEMPATNYA IALAH DI PUSAT SUKAN KG PANDAN. SEBARANG PERUBAHAN AKAN DIMAKLUMAKAN SEGERA.




Tuesday, February 17, 2009

BAJU SUKAN

ASSALAMUALAIKUM
Sebagaimana biasa, sekolah ilmi akan mengadakan SUKAN ILMI pada 5 April 2009. Dengan sebab itu, tender untuk baju sukan sedang dibuka. Bagi memberikan sedikit maklumat, sila lihat perincian baju sukan tersebut :
(1) SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
a) Baju Pelajar Perempuan - tidak berkolar, panjang sampai peha, berlengan panjang.
b) Baju Pelajar Lelaki - tidak berkolar, biasa sahaja berlengan pendek.
- Baju perempuan berlogo, nama rumah sukan di bahagian bawah baju.
- Warna rumah sukan pada badan baju.
(2) SEKOLAH MENENGAH AGAMA
a) Baju Pelajar Perempuan - tidak berkolar, berlengan panjang dan panjang hingga ke peha.
b) Baju Pelajar Lelaki - Berkolar, berlengan pendek.
- Baju perempuan berlogo, nama rumah sukan di bahagian bawah baju.
- Warna rumah sukan pada badan baju.

Anggaran Bilangan Pelajar seperti berikut :
(a) SERI - 430 orang (220 pelajar perempuan / 210 pelajar lelaki)
(b) SMA - 200 orang (100 lelaki / 100 perempuan)
(Ini anggaran sahaja)
Sila kemukakan sebut harga ke pejabat ilmi dengan dimasukkan ke dalam sampul bertutup sebelum akhir bulan Februai 09.
Sekian terima kasih.

Wednesday, January 21, 2009

MAKLUMAN PENTING

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa dan penjaga, di sini dimaklumkan beberapa perkara penting untuk rujukan dan pemakluman tuan / puan :

CUTI RAYA CINA
Bermula dari 26 hingga 27 Jan '09 (Isnin & Selasa). Sekolah dibuka semula pada 28 Jan '09 (Rabu).

ORIENTASI PELAJAR SMA BARU '09
Akan dilaksanakan pada petang Jumaat 30/1/09 dari jam 6.00 petang hingga 31/1/09 pada jam 6 petang.
Pelajar-pelajar baru dikehendaki hadir. Makanan dan minuman disediakan, tiada bayaran dikenakan, semuanya dibawah tanggungan sekolah.
Sekian dimaklumkan.
Abu Nu'man Adib.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI