Tuesday, March 31, 2009

Aktiviti Bulan April 2009

Di bawah dinyatakan aktiviti Sek men Agama (Arab) Ilmi sepanjang bulan April 2009 untuk rujukan ibubapa dan penjaga :
1. 08 April 09 - Meeting Guru ke 5
2. 11 April 09 - Ko Kurikulum - Pelajar diwajibkan hadir.
3. 19 April 09 - SUKAN ILMI di Pusat Pusat Kg Pandan.
4. 25 April 09 - Ko Kurikulum & Usrah Guru
Sekian terima kasih.

Thursday, March 26, 2009

MOTIVASI PELAJAR

Assalamualaikum
Kepada semua ibubapa / penjaga, Pelajar-pelajar SERI & SMA akan mengadakan satu program motivasi untuk kelas peperiksaan di Hulu Langat. Tarikhnya SERI 27 - 28 Mac manakala SMA dari 28 - 29 Mac. Perinciannya akan diberitahu kelak Insya' ALLAH.

Thursday, March 12, 2009

KEPUTUSAN SPM TAHUN 2008

Assalamualaikum
Jumlah calon 17 orang.
9A - 2 orang
6A - Seorang
5a - Seorang
4A - 4 orang
2A - 4 orang
1A - 2 orang
Subjek 100% lulus

Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Perdagangan & Pend Quran Sunnah
Subjek lain

Matematik 94.1, B Arab Tinggi 94.1, Prinsip Akaun 88.2 & Peng Syariah Islamiah 94.1.
Ucapann tahniah kepada semua pelajar yang berjaya serta kepada semua ibubapa dan penjaganya.
Juga terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik pelajar.
Tahun depan kita naikkan lagi keputusan cemerlang ini.

Wednesday, March 4, 2009

PENANGGUHAN KO KURIKULUM

Assalamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa aktiviti ko kurikulum untuk Sek Men Agama (A) Ilmi, yang sepatutnya diadakan pada hari Sabtu ini, bersamaan 7 Mac 09 ditangguhnkan, ini adalah kerana pelajar-pelajar terlibat dengan Program Lawatan 1 & Maulidurrasul pada Hari Isnin, kedua-dua program ini telahpun dikira sebagai sebahagian dari aktiviti ko kurikulum.

LAWATAN 1




Assalamualaikum

Pada 8 Mac 2009, Sekolah Men. Agama (A) ILMI akan mengadakan satu Lawatan ke Sabak Bernam dari 8.00 pagi hingga 12.30 malam (tiba di sekolah), antara programnya ialah:

1. Majlis walimah Cikgu Siti Jannah Dimyati.

2. Melawat Kilang Kerepek.

3. Aktiviti di Dorani homestay (Mencanting batik, proses beras & menangkap belut di sawah)
Seandainya ada ibubapa ingin menghulurkan derma untuk program ini, kami amat alu-alukan.

MAULIDURRASUL 2009





Assalamualaikum
Di bawah ini dimaklumkan beberapa perkara yang berkaitan dengan Sambutan Maulidurrrasul tahun 2009 / 1430Hijriah :
TARIKHNYA IALAH : 9 MAC 09 HARI ISNIN DARI 7.30 PAGI
(1) Sambutan bersama dengan Masjid Bukit Indah sebagaimana budaya tahun-tahun lepas.
a. Bermula dari jam 7.30 pagi, Perarakan dan Ceramah Oleh Dato' Ismail Kamus.
b. Pelajar2 yang terlibat bertugas ialah Tingkat 4 & 5, manakala pelajar SERI yang terlibat
ialah tahun 3, 4, 5 & 6
(2) Pada 9/3 iaitu hari sambutan itu adalah merupakan cuti umum.
(3) Surat pemakluman telah dihantar mula hari ini Insya' ALLAH.
(4) Semua ibubapa dan pelajar yang tidak terlibat secara langsung juga dijemput untuk menyertai perarakkan, sila ke masuk dalam kumpulan sekolah ILMI, cara pengenalan melalui sepanduk sekolah.
Semoga ALLAh merahmati kita yang sentiasa mengingat Nabi Muhammad Sollahu 'alaihi wasallam.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI