Tuesday, May 26, 2009

GOTONG ROYONG

Assalamualaikum
Satu program gotong royong akan diadakan pada hari Jumaat ini, juga hari akhir sekolah. Pelajar-pelajar dikehendaki memakai baju sukan berkasut sekolah. Harapan kepada ibubapa supaya dapat memastikan anak-anak tuan/puan hadir ke sekolah pada hari tersebut.

LAWATAN 2

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ibubapa pelajar SMA, pihak sekolah menengah akan manganjurkan lawatan 2 ke Kelantan dan Pahang. Bermula dari dari 28 Mei 09 sehingga 31 Mei 09. Banyak tempat-tempat menarik akan dilawati. Pengarah program ialah Us Nasruddin Alias.

Wednesday, May 20, 2009

Jadual Periksa Sek Rendah Islam Ilmi

TAHUN SATU - SERI
9.00-10.00 10.00-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30
ISNIN
18/ 05/ 09 B Melayu PEMAHAMAN B Melayu PENULISAN
SELASA B. INGGERIS EJAAN B.M
19/ 05/ 09
RABU B. ARAB IIMLA'
20/ 05/ 09
KHAMIS FEQAH AKHLAK
21/ 05/ 09
JUMAAT TAUHID EJAAN JAWI
24/ 05/ 09
ISNIN SAINS SPELLING
25/ 05/ 09
SELASA MATEMATIK P. SENI
26/ 05/ 09
RABU JAWI SIRAH
27/ 05/ 09

MASA/ HARI 9.00-10.00 10.00-10.30 10.30-11.30 11.30-12.30
ISNIN B. MELAYU 1 R E H A T B. MELAYU
18/ 05/ 09 PEMAHAMAN PENULISAN
SELASA B. INGGERIS EJAAN B.M
19/ 05/ 09
RABU B. ARAB IIMLA'
20/ 05/ 09
KHAMIS SAINS AKHLAK
21/ 05/ 09
JUMAAT TAUHID SPELLING
24/ 05/ 09
ISNIN FEQAH EJAAN JAWI
25/ 05/ 09
SELASA MATEMATIK P. SENI
26/ 05/ 09
RABU JAWI SIRAH
27/ 05/ 09

Tuesday, May 19, 2009

KELAS TAMBAHAN CUTI

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
PEPERIKSAAN MENENGAH RENDAH

Masa 1 - 9.00 pg - 10.30 pg
Masa 2 - 11.00 pg - 12.30 pg
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Melayu / Masa 2 : Matematik
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : Sejarah / Masa 2 : Sejarah
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : KHB / Masa 2 : Bahasa Inggeris
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Arab Komunikasi / Masa 2 : Geografi
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 : Pendidikan Agama Islam / Masa 2 : Geografi

SIJIL MENENGAH AGAMA
Masa 1 - 8.30pg - 10.00pg
Masa 2 - 10.30pg - 12.00 t/hari
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 : Tauhid / Masa 2 : Fiqh
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : Nahu / Masa 2 : Soraf
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : Mutalaah / Masa 2 : Insya'
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 : Insya' / Masa 2 : Mutalaah
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 : Tafsir / Masa 2 : Hadis

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Masa 1 - 9.00 pg - 10.30 pg
Masa 2 - 11.00 pg - 12.30 pg
Masa 3 - 2.00 t/hari - 3.30 ptg
Isnin (8 Jun 09)
Masa 1 & 2 : Prinsip Akaun / Masa 3 : Perdagangan
Selasa (9 Jun 09)
Masa 1 : PQS / Masa 2 : Bahasa Inggeris / Masa 3 : PSI
Rabu (10 Jun 09)
Masa 1 : Bahasa Arab Tinggi / Masa 2 & 3 : Sejarah
Khamis (11 Jun 09)
Masa 1 & 2 Science / Masa 3 Bahasa Melayu
Jumaat (12 Jun 09)
Masa 1 & 2 Matematik

Nama Guru 1 Umar

Salam
Nama guru 1 Umar ialah : Norazliza Derased
Untuk makluman guru ini sedang bercuti kerana masalah kandungannya. Semoga Allah berikan kesihatan kepada beliau untuk membolehkan beliau kembali mengajar.
Terima kasih di atas ucapan hari guru. Wasallam.

JADUAL KELAS TAMBAHAN MASA CUTI

Di bawah ini disenaraikan masa dan tarikh serta waktu kelas tambahan akan diadakan semasa cuti sekolah antara semester ini :
PMR
HARI TARIKH MASA
9 pg - 10.30 pg 11 pg - 12.30 pg
ISNIN 8-Jun B Melayu Matematik
SELASA 9-Jun Sejarah Sejarah
RABU 10-Jun KHB B Inggeris
KHAMIS 11-Jun B Arab Komunikasi Science
JUMAAT 12-Jun Pend Agama islam Geografi

SMA
HARI TARIKH MASA
8.30 pg - 10.00 pg 10.30 pg - 12.00 pg
ISNIN 8-Jun Tauhid Fiqh
SELASA 9-Jun Nahu Soraf
RABU 10-Jun Mutalaah Insya'
KHAMIS 11-Jun Insya' Mutalaah
JUMAAT 12-Jun Tafsir Hadis

SPM
HARI TARIKH MASA
9 pg - 10.30 pg 11 pg - 12.30 pg 2.00 - 3.30 ptg
ISNIN 8-Jun P Akaun P Akaun Perdagangan
SELASA 9-Jun PQS B Inggeris PSI
RABU 10-Jun BAT Sejarah Sejarah
KHAMIS 11-Jun Science Science B Melayu
JUMAAT 12-Jun Matematik Matematik -

Friday, May 15, 2009

HARI KELUARGA ILMI

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat rakan-rakan
Satu program silaturrahim untuk semua kakitangan Ilmi akan di adakan bermula Jumaat (15 Mei 2009) hingga tengah hari Sabtu (16 Mei 2009). Pendaftarannya bermula 6 petang 15 mei 2009 di tapak kem Ar Raudhah, Jalan lama Bentong atau di belakang UIA Gombak. Di jangkakan semua Ahli Lembaga pengarah dan Ahli Lembaga Pengelola Ilmi akan menghadirinya. Jemputan Khas ialah YB Khasim bin Abdul Aziz. Majlis untuk malam ini ialah Kuliah Maghrib oleh Pakar Motivasi terkenal iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil.
Semua kakitangan Ilmi diminta untuk menghadiri program ini, yang khusus diadakan untuk mengeratkan tali silaturrahim antara kita.

Tuesday, May 5, 2009

AKTIVITI BULAN MEI 09

SMA
1/5 - Cuti Hari Pekerja
7/5 - Mesyuarat Guru kali ke 6
10/5 - Ihtifal 09 & Mesyuarat Agung PIBG SMA
15/5 - Sambutan Hari Guru Peringkat SMA
16 - 17/5 - Hari Keluarga ILMI (Semua Staff terlibat)
18 - 28/5 - Mid Exam
28 - 31/5 - Lawatan 2 Ilmi
29 - 14/5 - Cuti Tengah Tahun / Kelas Tambahan

PROGRAM SERI AKAN DI MAKLUMKAN KEMUDIAN

LAWATAN KE 2 SMA

Assalamualaikum
Untuk makluman semua ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar SMA, pihak sekolah akan mengadakan Lawatan 2 ke kota Bharu dan Pahang. Lawatan ini dijadualkan dilakukan pada 28 - 31 Mei 2009. Masa Berlepas dijangkakan petang Khamis (28/5/09). Yuran setiap peserta antara RM120.00 hingga RM150.00.
Kepada mana-mana ibubapa yang ingin memberi sumbangan sempena Lawatan 2 SMA ini, amat dialu-alukan, begitu juga dengan sumbangan berbentuk makanan dan minumu juga dialu-alukan. Segala keprihatinan tuan puan dalam kelancaran program sekolah amatlah di sanjung tinggi.
Sekian sahaja - Pengetua.

Monday, May 4, 2009

IHTIFAL SMA 09 & HARI KELUARGA ILMI

Salam untuk semua ibubapa dan penjaga yang selalu mengikuti perkembangan sekolah melalui blog ilmi ini. Antara prgoram terbesar bulan Mei ialah seperti berikut :
IHTIFAL SMA 09:Akan berlaku pada 10 Mei 2009 hari Ahad, bermula dari jam 8.00 pagi, aturcara bermula dengan mesyuarah Agung PIBG terlebih dahulu dari 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Tokoh Perasmi Ihtifal ialah YB Tuan Khassim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya.
Juga Motivasi ibubapa akan diberikan oleh al-Fahdil a-Ustaz Dr Hasrizal Abdul Jamil, Pakar motivasi yang tidak asing lagi.
HARI KELUARGA ILMI 09:Akan diadakan di Ar-Raudhah, belakang UIAM. Dari 15/5 (Lepas Jumaat) hingga Zohor 16/5. Peserta ialah semua guru Ilmi, semua staf, semua alp dan semua Lembaga Pengelola Ilmi bersama keluarga masing-masing.
Dijangkakan Dr Hasrizal akan berikan motivasinya Insya ALLAH.
Pihak sekolah juga mengalu alukan sesiapa sahaja yang sudi menderma untuk tujuan program-program diatas, banyak juga perbelanjaannya. Semoga sumbangan tuan/puan akan diberi ganjaran besar oleh Allah.
Sekian terima kasih.
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KO KURIKULUM
Oleh kerana Ihtifal pada 10 Mei, maka pihak SMA membatalkan Ko Kurikulum yang sepatutnya diadakan pada 9 Mei 09.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI