Monday, May 4, 2009

IHTIFAL SMA 09 & HARI KELUARGA ILMI

Salam untuk semua ibubapa dan penjaga yang selalu mengikuti perkembangan sekolah melalui blog ilmi ini. Antara prgoram terbesar bulan Mei ialah seperti berikut :
IHTIFAL SMA 09:Akan berlaku pada 10 Mei 2009 hari Ahad, bermula dari jam 8.00 pagi, aturcara bermula dengan mesyuarah Agung PIBG terlebih dahulu dari 8.00 pagi hingga 10.30 pagi.
Tokoh Perasmi Ihtifal ialah YB Tuan Khassim Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya.
Juga Motivasi ibubapa akan diberikan oleh al-Fahdil a-Ustaz Dr Hasrizal Abdul Jamil, Pakar motivasi yang tidak asing lagi.
HARI KELUARGA ILMI 09:Akan diadakan di Ar-Raudhah, belakang UIAM. Dari 15/5 (Lepas Jumaat) hingga Zohor 16/5. Peserta ialah semua guru Ilmi, semua staf, semua alp dan semua Lembaga Pengelola Ilmi bersama keluarga masing-masing.
Dijangkakan Dr Hasrizal akan berikan motivasinya Insya ALLAH.
Pihak sekolah juga mengalu alukan sesiapa sahaja yang sudi menderma untuk tujuan program-program diatas, banyak juga perbelanjaannya. Semoga sumbangan tuan/puan akan diberi ganjaran besar oleh Allah.
Sekian terima kasih.
PEMAKLUMAN PENANGGUHAN KO KURIKULUM
Oleh kerana Ihtifal pada 10 Mei, maka pihak SMA membatalkan Ko Kurikulum yang sepatutnya diadakan pada 9 Mei 09.

0 comments:

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI