Assalamualaikum
Agak lama tidak menulis di blog ini. Mohon maaf kerana kebelakangan ini terlalu sibuk.
Untuk makluman semua ibubapa, 2 orang penting Kumpulan Ilmi telah berpindah tempat kerja. Pertama ialah Guru Besar Sek Rendah Islam Ilmi iaitu us Ibrahim Yusoff yang sekarang menjadi pengurus di sebuah Travel Agent yang beribupejabat di bandar baru Ampang, beliau telah berkhidmat di SERI melebihi 10 tahun.. Kedua ialah Pakcik Idris Awang, pekerja am yang telah berkhidmat di Ilmi selamat 14 tahun, beliau sekarang bekerja sendiri di Puchong. Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kedua-dua staff Ilmi ini.
Pihak Kumpulan Ilmi telah mengadakan majlis perpisahan pada 1 Ogos, 2009, jam 9.00 di Dewan Us Isha, majlis itu dihadiri oleh guru seri dan sma, ahli lembaga pengarah dan lembaga pengelola. Pengerusi ALP iaitu Tn Haji Mat Jusoh Dolah dan Pengerusi Lembaga Pengelola Us Daud Mamat, turut hadir bagi menyerikan majlis tersebut.
Penganti Us Ibrahim tidak dilantik lagi untuk tahun ini, semua kerja-kerja beliau dipangku oleh Pengetua SMA. Kita berharap agar Us Him dan Pakcik deris sentiasa berada dalam perlindungan Allah Insya ALLAH.
0 comments:
Post a Comment