Thursday, October 15, 2009

JAMUAN HARI RAYA & PENUTUPAN CERIATHON

Assalamualaikum
Agak lama juga tidak up date blog ilmi ini. Mohon maaf banyak-banyak kepada teman-teman, ibubapa yang selalu mengikuti perkembangan Ilmi melalui blog ini. Kebelakangan ini saya agak sibuk dengan urusan-urusan masjid.
Untuk makluman semua terutama ibubapa kepada pelajar-pelajar sma, seri dan kafa Ilmi akan mengadakan 2 program serentak, iaitu :
(a) JAMUAN HARI RAYA ILMI
(B) PENUTUPAN CERIATHON 2009
Butiran program ini sebagaimana berikut :
(a) Tarikh : 17 Oktober 2009
(b) Hari : Sabtu
(c) Masa : dari pukul 9.00 pagi hingga 12 tengah hari.
(d) Tempat : Dataran Ilmi
Majlis ini akan dihadiri oleh YB Khasim bin Abdul Aziz sebagai tokoh perasmi penutupan ceriathon 09. Juga akan diadakan sedikit persembahan oleh pelajar-pelajar Ilmi sebagai memeriahkan lagi program hari itu.
Hadiah-hadiah pemenang yang berjaya mengumpulkan sumbangan akan disampaikan dalam program ini.
Sekitar RM35,000.00 lebih kurang telah berjaya dikumpulkan oleh pelajar-pelajar dan guru-guru Ilmi, Alhamdulillah.
Semua pihak yang ada kaitan dengan Ilmi terutama ibubapa, pelajar-pelajar Ilmi, ALP di jemput ke jamuan tersebut. Semoga dengan kehadiran tuan-puan akan memeriahkan lagi majlis sambutan edul fitr ini. Sebarang sumbangan kewangan atau makanan amat di alu-alukan, dan diucapkan jazakumullah khairan jaza'.
Sekian sahaja dari al faqir ialLLAh Shukri harun.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI