Wednesday, November 18, 2009

Pendaftaran Pelajar Baru

Assalamualaikum
Kepada semua yang berminat untuk mendaftar anaknya di Sekolah rendah atau menengah Ilmi, dipersilakan datang ke pejabat untuk mendaftar, sila kemukakan perkara-perkara berikut:
1) Borang pendaftaran yang siap diisi.
2) 2 keping gambar berukuran passport.
3) Sesalinan keputusan peperiksaan terakhir di sekolah terakhir.
4) Duit pendaftaran Seri RM100.00, Sma RM150.00
Semoga Allah memberi keberkatan kepada sekolah-sekolah yang mengajar ilmu Islam, amin.
Sekian dimaklumkan.
Pengetua Ilmi.

Tuesday, November 10, 2009

HARI PENYERAHAN REPORT CARD & IHTIFAL 09

ASSALAMUALAIKUM
Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak di semua sekolah Ilmi sepeti Sekolah Rendah Islam Ilmi, Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi dan Kafa Integrasi Ilmi, sila ambil perhatian kepada dua (2) program berikut:
MAJLIS PERTAMA :
HARI PELAPORAN / PENYERAHAN REPORT CARD TERAKHIR UNTUK TAHUN 2009
Akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
Tarikh : 20 November 2009 (Hari terakhir persekolahan)
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12 tengah hari.
Tempat : 1) SERI & KAFA di Surau Ilmi
2) SMA di Perpustakaan Ilmi.
MAJLIS KEDUA - IHTIFAL SERI
Tarikh : 21 November 2009 (Hari mula cuti akhir tahun)
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dataran Ilmi
Majlis ini diadakan agak lewat kerana menunggu keluar keputusan UPSR & PSRA darjah enam.
Semua yang terlibat dijemput hadir. Semoga Allah merahmati sekolah kita Insya Allah.
"MEMBENTUK GENERASI RABBANI"
"BERSAMA MERINTIS KEJAYAAN"
Dari : Peengetua Ilmi

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI