Monday, November 22, 2010

PENDAFTARAN PELAJAR BARU & LAMA

Assalamualikum
Jika tuan / puan mengambil berat tentang pendidikan Islam anak tuan / puan, serta ingin supaya pendidikan agama di gabung sekali dengan Akademik, maka ILMI menawarkan tempat kepada anak tuan / puan. ILMI menawarkan pengajian AKADEMIK dengan AGAMA secara integrasi kepada tuan / puan. Jika tuan / puan berminat, sila kemukakan borang pendaftaran dengan gambar 2 keping, keputusan peperiksaan terakhir dan wang pendaftaran sebanyak RM100 utk SERI, RM150.00 untuk SMA, RM50.00 untuk KAFA INTEGRASI.
Untuk makluman tuan / puan, yuran ILMI adalah yang termurah disekitar KL dan Selangor. SERI RM165.00 sebulan, SMA RM175 sebulan dan KAFA INTEGRASI ILMI RM50.00 sebulan.
Sehubungan dengan itu, hari pembayaran yuran, pembelian baju dan buku teks akan diadakan pada masa dan tarikh berikut :
HARI : SABTU hingga ISNIN
TARIKH : 25 hingga 27 Dis 2010
MASA : 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
TEMPAT :
(1) Sek. Men. Agama (A) Ilmi di Pusat Sumber Sekolah.
(2) Sek Rendah Islam Ilmi di Surau Sekolah.
PERKARA-PERKARA PENTING :
(1) PELAJAR ASING : Bermula tahun 2011, setiap warga asing yang ingin mendaftar sebagai pelajar samada pelajar baru atau lama, dimestikan membayar 3 bulan yuran semasa hari-hari pendaftaran.
(2)TUNGGAKAN YURAN : Semua pelajar yang masih mempunyai tunggakan yuran, mesti melangsaikan terlebih dahulu, sebelum mendaftar.
(3)PENDAFTARAN : Kepada pelajar baru yang masih belum mendaftar dan membayar wang pendaftaran, sila berbuat demikian dengan mengemukakan dokumen berkaitan kepada pejabat sekolah, sebelum mendaftar.
(4) PERINGATAN : Sila gunakan 3 hari ini untuk mendaftar, bagi mengelakkan kesesakan pada hari pertama sekolah.

Thursday, October 14, 2010

PENDAFTARAN TAHUN 2011


Assalamualaikum
Sukacita dimaklumkan bahawa Sekolah-sekolah Ilmi bermula dari bulan Oktober ini membuka PENDAFTARAN PELAJAR BARU dan Pelajar yang ingin bertukar ke Ilmi.
Sila dapatkan borang pendaftaran sekolah dan mengemukakannya bersama dengan wang pendaftaran sebanyak RM150.00 (menengah) dan RM100.00 (rendah).
Jangkaan tahun 2011, murid rendah darjah 1 100 orang, melibatkan 4 kelas Insya Allah. Manakala Tingkatan 1 berkemungkinan kekal dengan 3 kelas.
Sila daftar segera, kerana tempat amat terhad.
Murid-murid pasti amat digalakkan mendaftara di Ilmi, begitu juga pelajar-pelajar dari sekolah-sekolah rendah agama swasta digalakkan mendaftar di sekolah menengah agama ilmi.

Friday, October 1, 2010

JAMUAN RAYA & MAJLIS PENUTUPAN CERIATHON 2010

Assalamualaikum
Dijemput semua ibubapa dan penjaga serta pelajar-pelajar dari Sek Men Ilmi, Sek Ren islam Ilmi, Kafa Ilmi dan semua institusi di bawah Ilmi ke Jamuan Raya dan Penutupan Ceriathon 2010 yang akan di adakan pada :
HARI SABTU
MASA 8.30 pagi hingga 12.00 Tengah hari
TEMPAT Perkarangan Sekolah Ilmi
Tokoh perasmi ialah YB HJ Khassim bin Abdul Aziz, ADUN Lembah Jaya.
Semua dijemput hadir.

Monday, August 23, 2010

Qiyamullail Sempena Nuzul Quran

Assalamualaikum
Insya Allah pada Hari Khamis Malam Jumaat, dikira hari Jumaat bersamaan 27 Ogos 2010 / 17 Ramadhan 1431, satu program Qiyamullail akan di adakan bermula jam 3.45 pagi di masjid Bukit Indah.
Ust Sazali Mantan Imam Masjid As Syakirin KLCC telah dijemput untuk menyempurnakan program ini. Berikutan dengan program qiyam itu, selepas itu akan diadakan kuliah Subuh bertajuk "Kekuatan Qiymullail".
Pada malam itu, sahur akan disediakan, dijemput semua muslimin musliman terutama yang berada di sekitar Bukit Indah menyertainya.

Keadaan Ruh dalam Bulan Ramadhan

" Walau setinggi mana kasih sayangku, sesungguhnya Allah lebih berhak menyayangimu,
Damai lah engkau disana di bawah limpahan rahmat dan kasih sayang-Nya,
Sesungguhnya kami semua akan menyusulmu di kemudian hari...
Al-Fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi mendahului kita"


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan. Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan.Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.


Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.


Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.


Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.
Sebarkan e-mail dakwah ini kepada seberapa ramai orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama. Ini bukanlah ancaman surat berantai. Yang jelas jika anda tidak meneruskan e-mail ini, maka anda telah melepaskan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal soleh. Jika anda melakukan dengan ikhlas insya Allah anda akan mendapat ganjaran pahala kebaikan dari Allah. Mari berlumba dalam kebaikan

Thursday, July 29, 2010

MAKLUMAN PROGRAM

Assalamualaikum
Bersama ini di maklumkan beberapa program penting untuk pengetahuan semua warga Ilmi dan para ibubapa :
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
1 - KEM IBADAH
Bertempat di Dengkil, program ini melibatkan murid darjah 4 & 5 (Sabtu & Ahad). Pada 7 & 8 Ogos.
SEK MEN AGAMA (A) ISLAM ILMI
2 - MOTIVASI PEPERIKSAAN
Pada hari Isnin 2 Ogos bermula dari 8 pagi hingga 1 tengah hari, jemputan ialah pelajar Nik Madihah yang mendapat 20A.
Juga pembentangan oleh 2 orang pakar Bahasa Arab iaitu Ustazah Salmi bt Ishak & Ustazah Zahariah bt Hussin.
3 - PELANCARAN CERIATHON
Sebagaimana biasa apabila tiba bulan Ramadhan, pihak sekolah Ilmi akan menganjurkan kutipan Ramadhan, akan dilancarkan pada 6 Ogos jam 8.00 pagi.

Sunday, July 4, 2010

Staf Berhenti

Assalamualaikum
ILMI berhadapan dengan ujian getir apabila beberapa orang guru telah berhenti bermula dari 1 Julai 2010, Antaranya ialah Ustaz Hasri Nasir berhenti setelah berkhidmat di Seri selama 7 tahun, guru seri yang lain Cikgu Siti Fatimah dari Sek Rendah Islam Ilmi, beliau berkhidmat hampir setahun di Seri. Manakala guru Sma yang akan berhenti ialah Cikgu Masitah, telah berkhidmat di sma selama lebih kurang 2 tahun. ILMI juga kehilangan keraninya yang telah berkhidmat selama 2 tahun lebih, iaitu Puan Jum'ah Salimin.
Alhamdulillah, semua guru yang berhenti serta kerani telah dicari gantinya, semuanya mula berkhidmat pada 1 Julai 2010.
Semoga guru-guru baru memberikan perkhidmatan yang cemerlang. Di samping itu pihak pengurusan Ilmi mengucapkan terima kasih di atas jasa cemerlang yang diberikan oleh guru-guru yang berhenti ini. Jazakumullah khairan kathiran.

Monday, June 21, 2010

JAWATAN KOSONG KERANI ILMI

Salam
Kumpulan Ilmi menawarkan jawatan Kerani, kepada sesiapa yang berkelayakan. Mempunyai sekurang-kurangnya SPM, kepada yang mempunyai pengalaman adalah diutamakan. Sila hantar resume ke alamat : Pengetua, Sekolah Rendah Islamm Ilmi, No. 22, Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.

Hari Ko Kurikulum & Sekolah Ganti

Alhamdulillah...hari ini adalah hari pertama setelah semua warga Ilmi bercuti selama 2 minggu. Buat makluman semua ibubapa, 26 Jun 2010 bersamaan Hari sabtu, akan diadakan hari Ko Kurikulum dan juga sebagai salah satu hari sekolah ganti hari Raya tahun ini. Sekian dimaklumkan.

Monday, May 17, 2010

Penangguhan Hari Ko Kurikulum & Sekolah Ganti

Assalamualaikum
Buat makluman semua ibubapa dan penjaga, tarikh 22/5 yang sepatutnya di adakan hari Ko Kurikulum dan sekolah ganti ditangguhkan ke tarikh yang akan di beritahu kelak. Ini adalah kerana pada minggu depan, SMA telah memulakan peperiksaan pertengahan tahun. Sekian dimaklumkan.

Sunday, May 16, 2010

Ucapan Hari Guru

Assalamualaikum...buat teman-teman di Ilmi Selamat Hari Guru...jasamu dikenang, Allah membalas jasa antum semua.

Saturday, April 17, 2010

Program Semasa

Assalamualaikum
Buat makluman para ibubapa, Sekolah Rendah Islam Ilmi (SERI) menganjurkan Lawatan pdaa hari ini (Sabtu), ke tempat-tempat menarik seperti kilang buat roti dan dua tiga tempat lagi.
Manakala Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi, akan melaksanakan IHTIFAL 2010 pada esok hari iaitu 18 April 2010, bermula jam 8.00 pagi, akan dirasmikan oleh Pengerusi Pengelola, iaitu Ustaz Daud Mamat.

Thursday, March 25, 2010

Score A & Taklimat Meritokrasi

Assalamualaikum
Salam sejahtera buat semua ibubapa yang dihormati :
ILMI akan mengadakan dua program pada 27 Mac 2010 ini. Dua program itu ialah :
(a) Taklimat Meritokrasi oleh Kaunseling SMK Taman Melawati, bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi, untuk sma sahaja.
(b) Program penjelasan program Score A, terbuka kepada Seri dan SMA, bermula dari 10.30 pagi hingga tengah hari. Ceramah oleh Professor Hanafi.
Semoga ibubapa dapat datang untuk dua program penting ini.

Friday, March 5, 2010

KARNIVAL SUKAN ILMI TAHUN 2010

Assalamualaikum
Pihak Sekolah Ilmi ingin memaklumkan kepada semua ibubapa bahawa Karnival Sukan Ilmi akan di adakan pada ketentuan berikut :
HARI.............AHAD
TARIKH...........4 APRIL 2010
MASA.............8.00 pagi - 2 Tengah hari
TEMPAT...........Kompleks Sukan Pandan.
Kepada ibubapa yang ingin menyumbangkan tenaga menguruskan karnival sukan ini, sila daftarkan nama dengan Penyelaras Sukan iaitu Ustaz Badrul Hisam.
Disebabkan sukan ini berlangsung pada hari Ahad, maka hari isnin keesokannya dikira sebagai cuti ganti sukan.
Sekian, terima kasih.

MAKLUMAN PENTING


Assalamualaikum, buat semua...maaf kerana agak lama tidak up date blog ilmi ini. Kengkangan masa dan kerja menjadi penyebabnya, awal sekolah memang sibuk, awal tahun juga memang sibuk dengan program-program. Di bawah ini dimaklumkan beberapa tarikh penting untuk perhatian tuan/puan:
SEKOLAH GANTI
Bermula dari bulan Jan 2010, sekolah akan mulakan sekolah ganti untuk menggantikan Cuti Hari Raya Puasa dan hari Raya Haji : Tarikh yang telibat untuk tujuan ganti sekolah ini ialah :
23/1, 23/3, 10/4, 24/4, 8/5 & 22/5.
CUTI SEKOLAH
Cuti Pertengahan Penggal Pertama akan bermula dari 13/3 hingga 21/3. Sekolah akan dibuka semula pada 22/3 isnin.
SEKOLAH GANTI
SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI (SERI)
1. Isnin 1/3 hingga Jumaat 5/5 - UPPP 1
2. Dijangkakan penyerahan report card pelajar akan diadakan pada 26/3.
SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
1. Mulai 22/3 hingga 26/3 ujian setara.
PEMAKLUMAN HARI SUKAN ILMI
Karnival sukan akan berlangsung pada 4/4 hari Ahad, di Kompleks Sukan Pandan. Bemula dari 8.00 pagi hingga 2.00 petang.

Saturday, February 27, 2010

Guru Kahwin

Assalamualaikum
Agak lama juga tidak up date blog ini. Bila sekolah buka, memang sibuk. Sekarang agak lega sedikit.
Hari ini Sabtu, satu majlis perkahwinan akan berlangsung di Dewan MBSA, Seksyen 18 Shah Alam. Pengantinnya ialah Ustaz Khafiz Tohfah, guru SMA Ilmi, majlis bermula dari 12 tengah hari hingga 4 petang.
Esok Ahad, di Dewan Risda satu majlis perkahwinan guru seri Cikgu Norsa'adah Ahmad Sutris akan berlangsung dari 12 tengah hari hingga 4 petang.
Semoga kedua-dua pasangan ini akan berolah kebahagian dan keberkatan dari Allah. Ameen.

Monday, January 4, 2010

Selamat Bersekolah

Assalamualaikum
Alhamdulillah, hari ini adalah hari pertama persekolahan. Bahangnya telah terasa sejak beberap yang lalu.
Pihak Pengurusan Ilmi mengucapkan SELAMAT BERSEKOLAH KEMBALI kepada semua pelajar Ilmi. Juga terima kasih kepada semua ibubapa yang terus memberikan sokongan kepada Ilmi, meskipun banyak kelemahan dan kedhaifan di sana dan di sini yang masih belum diselesaikan.
Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha-usaha pendidikan yang sedang kami laksanakan.
Juga terima kasih kepada guru-guru yang masih setia menanti dan meneruskan khidmat di Ilmi. Tahun 2010, adalah tahun pertama tiada seorangpun guru yang berhenti. Malah Ilmi telah menambah 3 orang guru untuk seri.
Semoga kita memiliki guru-guru yang ikhlas serta sabar dalam mendidik pelajar-pelajar menjadi manusia bertaqwa.
"Membentuk Generasi Rabbani".

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI