Thursday, February 10, 2011

CUTI 2 HARI SEMPENA MAULIDURRASUL

Assalamualaikum
Dimaklumkan kepada semua ibubapa dan penjaga, Semua Sekolah Ilmi akan bercuti selama 2 hari sempena Hari Keputeraan Rasulullah. Bermula dari 14/2 (Isnin) sehingga 15/2 (Selasa), sekolah dibuka semula pada 16/2 (Rabu).
Surat pemakluman mengenainya mula diedarkan hari ini.

PROGRAM MAULIDURRASUL DI MASJID BUKIT INDAH
Kepada semua ibubapa, dipersilakan ke Masjid Bukit Indah bersama dengan anak-anak, bagi menyertai program Sambutan maulidurrasul. Program bermula dari 7.30 pagi. Dijangkakan Pendeklamasi Sajak terkenal iaitu Pyan Habib akan bersama menyerikan majlis ini.
Firqah nasyid Faz akan turut serta dalam program ini, Insya ALLAH. Kumpulan Nasyid ILMI - Seri di samping seorang pencerita dari Seri juga akan turut sama menyerikan program iini.
SEMOGA TUAN / PUAN SEMUA SUDI DATANG UNTUK MEMERIAHKAN MAJLIS INI.
RASULULLAH IDOLA SEMUA MUSLIM

Monday, February 7, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN 2010

UPSR
Jumlah Murid 54 orang
Jumlah Lulus 46 orang (88.5%)
Gagal 6 orang (11.5%)
B Melayu 1 - 98.08% (2009 - 92.98%)
B Melayu 2 - 94.23% (2009 - 84.21%)
B Inggeris - 90.38 (2009 - 78.95%)
Matematik - 94.23% (2009 - 87.72%)
Sains - 96.15 (2009 - 89.47%)

PSRA 2010
Jumlah Murid 54 Orang
Mumtaz - 13 orang (24.07%)
Jayyid Jiddan - 19 orang (35.19%)
Jayyid - 12 orang (22.2%)
Maqbul - 7 orang (12.96)
Dhaif - 3 orang (5.59)

SMA 2010
Jumlah Calon 2010 35 orang (2009 - 25 orang)
B Arab 1 - 54.29% (2009 - 52%)
B Arab 2 - 51.43% (2009 - 52%)
Feqah / Tauhid - 62.86% (2009 - 62.86%)
Tafsir / Hadis - 65.71% (2009 - 54.17%)
Al Quran - 100% (2009 - 100%)
Mumtaz - 1, Jayyid Jiddan - 7, Jayyid - 5
(2009 - Mumtaz - 3, Jayyid Jiddan, 3, Jayyid 7)

PMR 2010

PROGRAM BULAN FEB 2011

SEKOLAH MENENGAH AGAMA (ARAB) ILMI
12 - 13/11 (Sabtu & Ahad) - Nadwah Kepimpinan di Ulu Langat.
14/2 (Isnin)- Rumah Sukan, program latihan sukan.
16/2 (Rabu) - Latihan Sukan 1
17/2 (Khamis) - Mesyuarat Guru ke 2
19/2 (Sabtu) - Ko Kurikulum 2 & Usrah Guru kali ke 2
22/2 (Selasa) - Latihan Sukan ke 2

SEKOLAH RENDAH ISLAM ILMI
11 - 12/2 (Jumaat & Sabtu)- Kem Kepimpinan
17/2 (Khamis) - Latihan Sukan 1
18/2 (Jumaat) - Mesyuarat Guru Kali Ke 2
19/2 (Sabtu) - Ko Kurikulum ke 2
24/2 (Khamis) - Latihan Sukan ke 2
25/2 (Jumaat) - Qiyamullail
25 - 26/2 (Jumaat & Sabtu) - Motivasi 2
CUTI BULAN FEB 2011
15/2 (Selasa) - CUTI MAULIDURRASUL

Wednesday, February 2, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH & TAHNIAH

Assalamualaikum,
TERIMA KASIH
pihak Ilmi mengambil kesempatan mengucapkan Jazakumullah khairan jaza', diatas perkhidmatan guru-guru berikut : Us Khafiz Tohfah, Us Badrul Hisam, Ustazah Norhidayah, Cg Faizal, Us Ahmad Zarifi dan Cg Aisyah Zamzami. Semuanya telah berhenti dari berkhidmat di Ilmi sejak 20 Disember 2011 yang lalu. Kebanyakan guru-guru tersebut berkhidmat di Ilmi sekitar setahun dan setahun lebih. Jasa guru-guru mendapat perhatian kami, semoga berjaya menjadi guru yang terbaik, walau dimanapun mereka berkhidmat dalam bidang pendidikan.
TAHNIAH KERANA PERKAHWINAN
Pihak Ilmi juga mengucapkan Tahniah di atas perkahwinan Us Nasir, guru Seri dengan Cg Siti Fatimah, yang berlangsung di Kg Pulau Mansok, Jerantut, Pahang akhir bulan Jan baru-baru ini.
TAHNIAH KERANA DAPAT CAHAYA MATA
Pihak Ilmi juga mengucapkan tahniah kepada Cg Aminah bt Hasim dari SMA Ilmi kerana mendapat cahaya mata lelaki pada akhir bulan Jan baru-baru ini.

QIYAM BALKIS

Assalamualaikum, program yang sedang berlangsung di Ilmi ialah Qiyamullail BALKIS di Sekolah Menengah Agama (Arab) Ilmi. Berlangsung dari hari ini 2/2 hingga esok 3/2.

CUTI TAHUN BARU CINA

Assalamualaikum, untuk makluman semua, semua sekolah ilmi akan mula bercuti dari hari Rabu (2/2/2011) hingga Ahad 6/2/2011. Sekolah akan beroperasi semula pada 7/2/2011 bersamaan hari Isnin. Terima kasih - Dari Pengetua Ilmi.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI