Wednesday, February 2, 2011

UCAPAN TERIMA KASIH & TAHNIAH

Assalamualaikum,
TERIMA KASIH
pihak Ilmi mengambil kesempatan mengucapkan Jazakumullah khairan jaza', diatas perkhidmatan guru-guru berikut : Us Khafiz Tohfah, Us Badrul Hisam, Ustazah Norhidayah, Cg Faizal, Us Ahmad Zarifi dan Cg Aisyah Zamzami. Semuanya telah berhenti dari berkhidmat di Ilmi sejak 20 Disember 2011 yang lalu. Kebanyakan guru-guru tersebut berkhidmat di Ilmi sekitar setahun dan setahun lebih. Jasa guru-guru mendapat perhatian kami, semoga berjaya menjadi guru yang terbaik, walau dimanapun mereka berkhidmat dalam bidang pendidikan.
TAHNIAH KERANA PERKAHWINAN
Pihak Ilmi juga mengucapkan Tahniah di atas perkahwinan Us Nasir, guru Seri dengan Cg Siti Fatimah, yang berlangsung di Kg Pulau Mansok, Jerantut, Pahang akhir bulan Jan baru-baru ini.
TAHNIAH KERANA DAPAT CAHAYA MATA
Pihak Ilmi juga mengucapkan tahniah kepada Cg Aminah bt Hasim dari SMA Ilmi kerana mendapat cahaya mata lelaki pada akhir bulan Jan baru-baru ini.

0 comments:

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI