Monday, April 4, 2011

SISTEM PENGURUSAN BERSEPADU SEKOLAH

Assalamualaikum
Kepada semua Ibubapa & Penajaga
Pelajar2 SMA, Seri & Kafa.

Pihak Ilmi mohon beribu kemaafan kepada tuan / puan kerana menyusahkan tuan / puan dengan usaha-usaha pengumpulan maklumat parent yang dilakukan oleh guru-guru semenjak minggu lepas.
Kerja-kerja mengemaskini maklumat ini sebenarnya terpaksa dilakukan kerana pihak Ilmi akan mula menggunakan satu sistem baru yang dinamakan 'SPS' ataupun nama penuhnya 'Sistem Pengurusan Sekolah'.
Buat maklumat semua parent, sistem ini merangkumi sistem analisas peperiksaan, sistem e jadual dan lain-lain.
Dengan sistem ini, akan datang setiap parent akan dapat melihat keputusan peperiksaan anak2 melalui email atau sms sahaja. Keputusan peperiksaan akan disimpan dalam daTa pengkalan data, untuk memudahkan parent merujuk keputusan2 yang lepas.
Sistem ini juga dapat memudahkan ibubapa memantau pembayaran yuran, jika ibubapa menyerahkan duit yuran kepada anak2 untuk dibayar, maka dengan sistem ini para ibubapa dapat melihat melalui laman web tentang pembayaran yang dibuat oleh anak2 mereka.
Sebenarnya banyak lagi terdapat dalam sistem ini. Oleh itu, kepada semua ibubapa dan penjaga, agar dapat memberikan seluruh kerjasama untuk mempercepatkan sistem ini dapat digunakan.
Pihak Ilmi menjangkakan seluruh data mentah akan dapat dihantar kepada syarikat yang mengeluarkan sistem ini secepat mungkin, agar keputusan peperiksaan pertengahan tahun ini akan dapat diperolehi oleh ibubapa melalui sistem ini Insya Allah.
Sekian terima kasih, wajazakumullah khairan jaza'.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI