Saturday, October 8, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR/MURID BARU

Assalamualaikum
ILMI menawarkan kepada para ibubapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak tuan/puan ke mana-mana sekolah kami, rendah atau menengah. Caranya terus ke website "www.ilmi.edu.my"atau "http://sps2.net.my/ilmi/sps/ewaris", isi borang pendaftaran dan hantar permohonan, ataupun terus ke sekolah di Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.
Pihak pengurusan ILMI akan mula memproses permohonan pada akhir bulan Oktober 2011.
Untuk makluman setakat ini Sekolah Rendah Islam Ilmi telah mula menerima pendaftaran secara online seramai 27 orang. Kelas tingkatan 1 akan dibuka sebanyak 3 kelas iaitu seramai 60 pelajar sahaja, manakala sekolah rendah hadnya seramai 100 murid sahaja.

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI