Saturday, October 8, 2011

PENDAFTARAN PELAJAR/MURID BARU

Assalamualaikum
ILMI menawarkan kepada para ibubapa dan penjaga untuk mendaftarkan anak tuan/puan ke mana-mana sekolah kami, rendah atau menengah. Caranya terus ke website "www.ilmi.edu.my"atau "http://sps2.net.my/ilmi/sps/ewaris", isi borang pendaftaran dan hantar permohonan, ataupun terus ke sekolah di Jalan Rasmi 7, Taman Rasmi Jaya, 68000 Ampang, Selangor.
Pihak pengurusan ILMI akan mula memproses permohonan pada akhir bulan Oktober 2011.
Untuk makluman setakat ini Sekolah Rendah Islam Ilmi telah mula menerima pendaftaran secara online seramai 27 orang. Kelas tingkatan 1 akan dibuka sebanyak 3 kelas iaitu seramai 60 pelajar sahaja, manakala sekolah rendah hadnya seramai 100 murid sahaja.

6 comments:

Aida said...

salam,
betul ke tiada pengambilan pelajar KAFA untuk tahun 2012. TQ

Aida said...

Selain KAFA Ilmi, ada cadangan tak dimana kami boleh hantar anak2 utk mengikuti KAFA.

mawar66 said...

Salam. Resit tiusyen untuk sekolah rendah. Boleh minta kerani kaunter keluarkan resit sebagai bukti pembayaran! Sebenarnya lebih mudah kerani yang keluarkan berbanding guru kerana guru boleh tumpukan perhatian kepada kelas dan tugas-tugas begini eloklah serahkan sahaja kepada kerani bertugas. Harap maklum.

Ijat Krizzio said...

bagaimana pula untuk pelajar yang nak menuntut tetapi umur dah meningkat 20 tahun yang ingin menduduki SPM di ILMI ?

Mohd Faizal said...

TAWARAN MENYAMBUNG PELAJARAN PERINGKAT DIPLOMA..Sila layari http://tawaran-masuk-ipt.jimdo.com untuk maklumat program-program Diploma dan pendaftaran online jika berminat...

Marzuq Azizan said...

saya pelajar Azhar, Mesir dan akan pulang ke Malaysia tahun depan. Jadi saya nak bertanya, bolehkan jika saya memohon kerja sebagai guru sementara di sini? syukran :)

Moto Sekolah

MEMBENTUK GENERASI RABBANI